web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Menteri, Timbalan Menteri GPS Akan Bantu Jentera Kerajaan - Abang Jo

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2023 12:00PM

Abang Johari Openg - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING  -- Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memberi sokongan penuh bagi membantu calon daripada parti dalam Kerajaan Perpaduan yang bertanding semasa pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dipersetujui susulan mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu di sini malam ini.

Beliau berkata GPS akan menekankan kepentingan perpaduan dan kerajaan yang stabil sebagai mesej utama dalam kempennya.

“Kami adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan dan oleh itu, mempunyai kewajipan untuk menyokong mereka. Semasa hari penamaan calon, kami akan hantar wakil ke sana,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Ketika ini, terdapat lima Menteri dan enam Timbalan Menteri daripada GPS di peringkat Persekutuan.

Sementara itu, mengulas memorandum persefahaman yang dimeterai antara Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) baru-baru ini, Abang Johari berkata GPS tidak mempunyai sebarang masalah dengannya.

“Kami rasa jika berniat baik, biarlah mereka menjalin kerjasama itu tetapi saya ingin tegaskan bahawa PSB masih bukan ahli GPS,” katanya. -- BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 43 minit yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek