web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pimpinan Kerajaan Perpaduan, Jangan Defensif Ketika Berkempen - PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2023 12:00PM

Anwar Ibrahim - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GURUN -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk tidak bersikap defensif terhadap serangan yang dibuat pihak lawan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Beliau berkata Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO tidak boleh mengalah sebaliknya perlu melawan dan menyerang mereka kembali habis-habisan.

"Dulu propaganda dia (Perikatan Nasional) 'bersih' dan kita pula tak jawab banyak, rupa-rupanya tertanam di sebahagian anak-anak muda kita, memang betul 'bersih'.

Saya Menteri Kewangan, tengok fail-fail, saya dulu Ketua Pembangkang, memang serang kuat, tapi tak terjangkau apa yang mereka lakukan, dengan perjudian haram, orang kata biasa, masa PN naik kepada 22 dengan PAS dan Bersatu di situ.

Masa kita, saya dengan Datuk Zahid (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) di antara langkah pertama kita turunkan kembali kepada lapan...ini bukan perkara kecil," katanya semasa berucap pada program Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Guar Chempedak, dekat sini, semalam.

Kerajaan Perpaduan berjaya menyelesaikan pelbagai masalah sejak mentadbir - gambar BERNAMA
Kerajaan Perpaduan berjaya menyelesaikan pelbagai masalah sejak mentadbir - gambar BERNAMA

Anwar berkata dalam masa lapan bulan memerintah negara, banyak masalah yang telah dan sedang diselesaikan kerajaan membabitkan pelbagai bidang termasuk pertanian dan pengangkutan.

Beliau berkata  ketika mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, belum pernah ada pertelagahan dalam soal untuk memartabatkan Melayu dan Islam walaupun ada pihak yang mempersoalkan perkara itu.

"Prinsip perlembagaan yang disepakati (oleh Kerajaan Perpaduan) tidak pernah dikorbankan, ini dok cerita di luar bahawa pimpinan Kerajaan Perpaduan ini akan khianat amanah bangsa.

Bagi satu contoh di mana kita khianati Islam, bagi satu contoh di mana kita abaikan nasib orang Melayu, tidak ada, yang ada propaganda jahat dan fitnah di luar, saya minta rakyat Kedah bangkit dan tolak fitnah, tolak khianat ," katanya.

Turut hadir Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta beberapa pimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang lain.  -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Jelajah 2 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Semasa 4 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

4

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

5

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

6

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 28 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar