web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Pemuda UMNO Komited Berjuang Bersama Kerajaan Perpaduan - Dr Muhamad Akmal

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2023 2:03PM

Dr Muhamad Akmal Saleh - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM, 15 Julai (Bernama) -- Pemuda UMNO bersedia dan komited untuk berjuang bersama-sama dengan pergerakan pemuda parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, termasuk di kerusi yang tidak ditandingi parti itu.

Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata gerak kerja untuk menghadapi PRN itu juga telah siap dan beliau akan memastikan jentera Pemuda UMNO bekerja kuat untuk memenangkan calon-calon parti dalam Kerajaan Perpaduan.

"Memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 baru berlangsung beberapa bulan lepas, sudah tentu gerak kerjanya kali ini lebih kurang sama, cuma ada beberapa portfolio yang kita mahu fokuskan. Kita juga akan gerak kerja bersama dengan Pemuda Kerajaan Perpaduan yang lain," katanya kepada wartawan selepas berucap pada Pentas Anak Muda Madani Pulau Pinang di sini semalam.

Turut hadir Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia Adam Adli Abd Halim dan Timbalan Ketua AMK Malaysia Kamil Munim.

Berhubung program berkenaan, Dr Muhamad Akmal berkata ia merupakan kali pertama bagi Pemuda daripada blok Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berkongsi pentas yang sama, sekali gus menunjukkan semangat perpaduan dan komitmen kedua-dua blok untuk berjuang bersama. 

Dr Muhamad Akmal berkata walaupun masih terasa “kekok” berkongsi pentas dengan Pemuda PH, beliau berharap langkah pertama itu akan memberikan manfaat kepada rakyat dan parti politik.

"Hari ini sejarah tercipta bagi Pemuda BN dan PH kerana di sini merupakan pentas pertama yang dikongsikan di peringkat nasional dan setakat ini, kami melihat sokongan daripada akar umbi memberangsangkan … kami jangka semangat ini akan dibawa sehingga hari pengundian pada 12 Ogos,” katanya.

Dr Muhamad Akmal berkata jentera Pemuda UMNO akan bekerja keras untuk memenangkan siapa pun calon yang bertanding atas tiket parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan. -- BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek