web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ada Keperluan King Sing Letak Jawatan, PM Sila Rombak Kabinet 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 9:00AM

Tiong King Sing - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan disaran melaksanakan rombakan kabinet dengan menukar menteri yang 'gagal' menunjukkan prestasi memuaskan dan memalukan, sekiranya tidak mahu berterusan ditolak oleh rakyat. 

Penganalisis politik, Ahmad Sulaiman Muhammad Zaidi berkata, jawatan menteri berkenaan seharusnya dilucutkan jika mereka terbabit melakukan perbuatan yang sama sekali tidak boleh diterima.

Memberikan insiden melibatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing sebagai contoh, Ahmad Sulaiman berkata, beliau dilihat bukan sahaja menyalah guna kuasanya sebagai menteri, tetapi turut memberi kesan negatif terhadap keselamatan sempadan negara. 

"Setiap peraturan dan undang-undang ada tujuan iaitu menyekat anasir yang membahayakan negara. Jangan di bakul sampahkan peraturan dan undang-undang ini.

"Tindakan dilakukan King Sing telah membabitkan pelanggaran protokol keselamatan negara serta mengganggu tugas penjawat awam. Sebagai individu yang bertaraf menteri, adalah tidak wajar beliau melakukan perkara seperti itu," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Sehubungan itu, Ahmad Sulaiman berkata, pihak berkuasa dan kerajaan perlu menjalankan siasatan penuh secara terperinci, lebih-lebih lagi ia membabitkan seorang menteri.

Kebiadaban King Sing jelasnya, bercanggah dengan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) yang berjanji akan menghapuskan salah guna kuasa di semua peringkat. 

"Tetapi kini Menteri Kerajaan PH dan UMNO pula yang ambil kesempatan atas kuasa di tangan mereka. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera siasat dan ada keperluan untuk arahkan menteri itu meletak jawatan. Ini memalukan Kabinet. 

"Jangan mengabaikan segala kebobrokan yang berlaku dalam kerajaan. Tidak wajar kelakuan menceroboh itu dilakukan kerana ia jelas melanggar prosedur keselamatan atau prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Sekiranya berlaku salah faham dalam proses penahanan pelancong terbabit, menteri itu boleh memberikan bantuan mengikut prosedur atau mendapatkan maklumat yang lebih jelas dahulu daripada pihak berkuasa di lapangan terbang," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Sulaiman berkata, sudah tiba masanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menilai semula keadaan berdasarkan perkembangan semasa di pintu masuk utama di Malaysia.

"Kaji semula prosedur pengendalian pengembara dengan status NTL (Notis Tolak Kemasukan). Ia penting untuk mengelakkan penyalahgunaan apabila Malaysia bersiap sedia untuk menerima kedatangan lebih ramai pelancong antarabangsa.

"Tindakan diambil menteri itu bagaimanapun sedikit sebanyak memberi kelegaan apabila beliau serius dengan tugasnya. Kita berharap pelbagai kementerian akan bekerjasama rapat dengan MOTAC untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di Asia Tenggara," katanya. 

King Sing kelmarin didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan seorang pelancong wanita dari China yang ditahan Jabatan Imigresen (JIM).

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila pemimpin politik tersebut dikatakan masuk ke balai ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.

Perbuatannya dipercayai bagi 'menyelamatkan' seorang warga China itu yang tidak dibenarkan masuk ke negara ini sebaik tiba di KLIA.

Ketika menjelaskan perbuatan dilakukan, King Sing meminta orang ramai menyelidik pihak sebenar yang menyalahgunakan kuasa dalam kejadian itu.

Tegas King Sing, kehadirannya ke KLIA telah membongkar budaya rasuah dalam kalangan pegawai di pintu masuk negara itu.

Mohd Khalid Harun - Gambar fail
Mohd Khalid Harun - Gambar fail

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Dr Mohd Khalid Harun pula tampil dengan pandangan berbeza, apabila menyokong penuh usaha King Sing mengambil langkah proaktif terhadap kepentingan negara yang melibatkan pegawai Imigresen di KLIA. 

Sehubungan itu, beliau berpendapat, JIM harus memperbaiki komunikasi dengan menempatkan pegawai yang berkemahiran bertutur pelbagai bahasa bagi memudahkan urusan keluar dan masuk pelancong antarabangsa. 

"Jika perkara berkenaan menjadi satu masalah, tiba masanya JIM menempatkan pegawai mereka yang boleh bertutur dengan pelbagai bahasa bagi memudahkan urusan berkenaan.

"Sebagai negara yang menjadi tumpuan pelancong asing, kerajaan perlu menyediakan semua kemudahan termasuk jurubahasa di semua pintu masuk negara," katanya. 

Mohd Khalid berkata, agensi kerajaan itu diseru untuk tidak menjadikan masalah komunikasi sebagai batu penghalang kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam industri pelancongan. 

Jika perkara berkenaan masih tidak diatasi katanya, pelancong akan lari ke negara lain dan sudah tentu ia menjejaskan pendapatan negara serta pemain industri pelancongan tempatan yang baru keluar dari krisis dibawa wabak COVID-19.

"Industri pelancongan negara mempunyai banyak saingan dari negara jiran yang memudahcara orang ramai untuk melancong ke negara mereka.

"Sebagai pemain industri pelancongan negara, MATA tidak boleh menerima alasan komunikasi sebagai faktor kepada masalah yang timbul antara pelancong dari China dan pegawai Imigresen seperti dilaporkan," katanya.

Hassan Abdul Karim - Gambar fail
Hassan Abdul Karim - Gambar fail

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, tidak sewajarnya King Sing membongkar rasuah yang didakwa berlaku di KLIA, kerana ia adalah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Tugas bongkar rasuah ialah kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan JIM di bawah KDN. Bukan tugas hakiki Menteri Pelancongan.

“Menteri langgar tugas penjawat awam adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan salah guna kuasa di bawah Akta SPRM. Tak boleh buat kerja kong kalikong,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2023.


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Dasar Kerajaan Jelas, ‘Minuman Keras Tidak Dibenarkan Dalam Acara Rasmi’ - PM

4

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

Sorotan

1

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

2

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

3

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

4

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

5

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

6

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar