web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Diperintah Bela Diri Terima Rasuah RM1.77 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2024 4:36PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya diperintah membela diri atas lapan pertuduhan menerima rasuah RM1.77 juta berkaitan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah kementerian itu, enam tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 33, di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah melepaskan dan membebaskan Mohd Saifullah daripada 11 pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM820,530 berhubung tender yang sama.

Hakim juga turut melepas dan membebaskan tunang Mohd Saifullah, Nurfadziana Abdul Kadir, 32, daripada tuduhan bersubahat dengan tertuduh menerima suapan RM232,000 selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Suzana memaklumkan kepada Mohd Saifullah bahawa bagi tujuan membela diri, tertuduh mempunyai tiga pilihan iaitu sama ada memilih untuk berdiam diri atau sama ada ingin memberi keterangan di dalam kandang tertuduh dengan memberi keterangan secara tidak bersumpah atau memberi keterangan bersumpah di kandang saksi yang boleh disoal balas.

Sementara itu, peguam Haijan Omar yang mewakili Mohd Saifullah memaklumkan mahkamah anak guamnya memilih untuk memberi keterangan dari kandang saksi secara bersumpah dan boleh disoal balas.

Katanya, selain itu, pembelaan berhasrat memanggil tiga saksi termasuk Mohd Saifullah untuk memberi keterangan.

Prosiding hari ini turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Low Chin How, Noor Syafına Mohd Redzuan, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Nurul Atiqah Mohamad Alias.

Mengikut lapan pertuduhan itu, Mohd Saifullah didakwa menerima suapan berjumlah RM1,765,000 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng melalui Roslan Lahada sebagai dorongan untuk tertuduh berjanji mendapatkan tender 'Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan (Brand) dan Kreatif (Creative)'.

la bagi kempen pengiklanan Tourism Malaysia kepada syarikat Inter Bev Network dan tender 'Cadangan Promosi dan Pengiklanan Digital Sempena Tahun Melawat Malaysia 202' secara rundingan terus kepada syarikat Plan B Digital Sdn Bhd.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa tempat antaranya di Red Box Karaoke dan Coffee Bean di pusat beli-belah Pavillion, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); di pejabat setiausaha sulit kanan kepada menteri, di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; di Vipod Residences dan Petronas Dengkil antara jam 11 pagi hingga 11.30 malam, pada 21 Disember 2018 hingga 1 Mac 2019.

Bagi pertuduhan meminta dan menerima rasuah, Mohd Saifullah didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, manakala Nurfadziana dituduh mengikut Seksyen 28 (1) dan kedua-dua mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Mahkamah menetapkan 17 April ini bagi prosiding bela diri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar