web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MUDA Bergerak Solo Di 6 PRN, ‘Kami Tidak Mahu Seperti Sekarang…’

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 6:32PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan semua ahli dan pemimpin parti di peringkat negeri - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan datang secara solo.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan semua ahli dan pemimpin parti di peringkat negeri.

“Selepas berbincang, MUDA buat ketetapan jelas berdasarkan konsensus parti untuk bertanding di enam PRN atas kekuatan sendiri.

“Asas penubuhan MUDA adalah untuk membawa politik baharu. Sebelum ini, perlu ada banyak kompromi, tapi kini akhirnya, MUDA boleh bercakap suara kita sendiri, supaya rakyat ada alternatif.

“MUDA tidak mahu seperti sekarang, Perdana Menteri mengawal Menteri Kewangan dan Menteri Wilayah.

“Portfolio Perdana Menteri turut melantik pimpinan tertinggi seperti peguam negara, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM yang sebelum ini kita janji serah kepada institusi rakyat iaitu Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Ibu Pejabat MUDA di Petaling Jaya, hari ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut tidak akan menyebabkan perpecahan undi dan menegaskan politik ketakutan harus ditamatkan.

Malah katanya, taktik politik untuk menakut-nakutkan rakyat harus dielakkan dan tidak digunakan untuk membenarkan sikap berpuas hati dan keangkuhan.

“Realitinya kerana jikalau janji ditunai, pembaharuan dilakukan, janji ditunaikan, tidak ambil ringan undi rakyat, tidak ada keperluan untuk MUDA bertanding.

“Tetapi apabila parti politik blok terbesar terlalu selesa, kalau kamu tak undi kita, sebelah sana menang, hancur negara. Sebelah sana pula kata, tidak undi kita… maka hancur Melayu Islam, ini tidak betul.

“Maka, MUDA menyertai PRN untuk membawa politik baru. Kita harap rakyat menghantar ‘wake up call’ kepada mereka yang menduduki takhta kuasa supaya jangan pandang rendah undi rakyat. Setiap undi penting,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan bergerak solo itu disebabkan mesyuarat rundingan kerusi dengan Pakatan Harapan (PH) gagal, Syed Saddiq bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

Jelas beliau, tindakan itu tiada kaitan dengan perkara tersebut kerana perbincangan mengenainya tidak pernah wujud.

“Tiada kena-mengena sebab perbincangan itu tidak wujud dan tidak ada. Sebab itu MUDA buat pendirian fokus bawa politik baharu.

“Tak guna beri kerusi, jawatan atau dijanjikan jawatan selepas PRN tapi akhirnya agenda rakyat dilupakan dan digadai teruk.

“Dulu kata lain, kini buat lain. Buat apa ada jawatan, korbankan prinsip dan rakyat dilupakan,” katanya.

Pendirian itu membuatkan MUDA bakal bertembung dengan PH yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai oleh PAS, BERSATU dan GERAKAN.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada November tahun lalu, MUDA yang ketika ini berada di blok kerajaan, sudah beberapa kali memohon menyertai PH sebagai ahli gabungan tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas.

Sementara itu, mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi MUDA, Syed Saddiq berkata, perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.

“Kita akan umum dari semasa ke semasa. Peruntukan kerusi sentiasa menjadi perkara dalaman dan diberikan tumpuan.

“Tapi akhirnya kita perlu ukur baju di badan sendiri dan pada masa sama kita terus mengangkat suara rakyat. Itu menjadi keutamaan,” katanya. – Getaran, 26 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad