web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tony Pua Bukan Calon DAP Untuk PRN - Loke

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 2:44PM

Anthony Loke berkata, Tony Pua sudah melepaskan kerusi dimenanginya sebelum ini, justeru tidak timbul soal beliau akan bertanding - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua tidak akan disenaraikan sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos nanti.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Pua sudah melepaskan kerusi dimenanginya sebelum ini, justeru tidak timbul soal beliau akan bertanding.

“Tidak timbul soal dia (Pua) akan bertanding. Saya mengesahkan beliau tidak menjadi calon pada PRN nanti,” katanya seperti dilaporkan oleh Awani.

Loke menyatakan demikian ketika ditemui media selepas merasmikan sambutan Hari Pelaut Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran Jabatan Laut Malaysia di Putrajaya hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, jawatan Penasihat Dasar disandang oleh Pua tidak memiliki sebarang kaitan dengan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, Pua hanya diberi mandat untuk menasihati Setiausaha Agung dalam perkara yang melibatkan hal ehwal parti.

“Penasihat Dasar hanya jawatan dalam parti dan peranannya hanya untuk menasihati saya sahaja. Terpulang saya nak dengar nasihat (dia) atau tidak,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Seremban itu memberi amaran kepada Pua dan semua ahli DAP agar menjaga keharmonian dalam hubungan antara parti dan gabungan Kerajaan Perpaduan, demi kestabilan politik yang amat diperlukan ketika ini.

“Negara sedang menghadapi pelbagai cabaran luaran.

“Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP,” katanya.

Ia susulan kenyataan Pua yang mencetuskan kemarahan barisan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), apabila mendakwa kumpulan itu sebagai korup, sebaris dengan BERSATU di bawah blok Perikatan Nasional (PN).

Pua pada satu majlis makan malam anjuran DAP Petaling Jaya dipetik sebagai berkata, beliau berharap Pakatan Harapan (PH) selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri, tanpa perlu bergantung kepada BN dan UMNO sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan bahawa pentadbiran di bawah jentera PH lebih cemerlang dan tidak korup berbanding BN. - Getaran, 25 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar