web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemuda UMNO Kesal BN Diibaratkan ‘Kain Buruk’, Berbeza Pendapat Jangan Sampai Menghina

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 7:00AM

Ahmad Fadli mendakwa DAP melayan BN seperti kain buruk yang digunakan untuk mengelap kaki ketika basah. - Gambar tangkap layar Facebook Akmal Saleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO kesal dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari bahawa Barisan Nasional (BN) ibarat kain buruk pengelap kaki basah DAP.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sebarang perbezaan pendapat boleh diterima tetapi usahlah keterlaluan sehingga menghina parti lain.

“Mengucap panjang saya bila membaca kenyataan dari sahabat saya daripada parti PAS.

“Kita ini boleh berbeza pendapat, tetapi janganlah sampai menghina dan merendahkan antara satu sama lain,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Semasa berucap di Konvensyen Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, semalam, Ahmad Fadli mendakwa DAP melayan BN seperti kain buruk yang digunakan untuk mengelap kaki ketika basah.

Ahmad Fadli yang juga Ketua Pemuda PN berkata, perumpamaan yang beliau gunakan meskipun bunyinya kasar tetapi bukan bermaksud secara peribadi bermusuhan dengan rakan-rakannya dalam BN.

Beliau menggambarkan situasi BN sekarang yang berada bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan dengan kiasan seumpama itu, selepas bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berani menggelar BN sebagai pakatan korup.

Lebih mengejutkan, Pua turut menyuarakan harapan supaya Pakatan Harapan (PH) selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Untuk itu, katanya, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN.

Mengulas lanjut, Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, Islam tidak mengajar umatnya menghina orang lain walaupun berbeza pendapat.

Malah, tegas beliau, PAS sepatutnya melawan dengan idea dan polisi yang baik untuk rakyat, bukan menghina orang lain.

“Benarlah parti politik ini bukan melambangkan Islam, tetapi perbuatan kita yang sebenarnya melambangkan Islam.

“Moga Allah melindungi kita daripada menjadi fitnah kepada Islam,” katanya. – Getaran, 25 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad