Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Usah Khianat, Masuk Parti Bukan Macam Bersalin Baju - Saifuddin

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 5:19PM

Saifuddin Nasution Ismail menyatakan demikian sebagai mengulas keputusan ditetapkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, yang memerintahkan Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada PKR - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua ahli politik tidak seharusnya berpaling tadah daripada perjuangan disertai dan beralih ke pihak lain, hanya demi kepentingan peribadi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kekalahan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin dalam kes saman membabitkan parti itu wajar dijadikan pengajaran.

“Pengajarannya..usah khianat. Gembiranya hanya sementara. Bukan sedikit penyokongnya sekarang mohon nak masuk parti semula. 

“Maaf ya, masuk parti bukan macam bersalin baju,” bidasnya, menerusi hantaran di Facebook.

Setiausaha Agung (SUA) PKR itu menyatakan demikian sebagai mengulas keputusan ditetapkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, yang memerintahkan Zuraida membayar RM10 juta kepada PKR.

Zuraida diperintahkan berbuat demikian kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman PKR itu selepas mendapati bon tersebut merupakan kontrak yang sah dan mengikat.

Mahkamah juga memerintahkan Zuraidah untuk membayar kos RM50,000.

Saifuddin memfailkan saman itu pada 28 Sept 2020 untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida kerana didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya dengan parti itu.

Kenyataan tuntutan PKR mengatakan, Zuraida telah menandatangani bon RM10 juta berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan. 

Hakim Akhtar yang menyampaikan keputusan itu melalui prosiding secara dalam talian berkata, hujah Zuraida bahawa beliau menandatangani bon itu dalam keadaan dures atau paksaan adalah tidak berasas.

Mengulas keputusan itu, Saifuddin berkata, semua calon PKR menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 telah diminta menandatangani bon yang menyatakan, mereka perlu membayar RM10 juta jika meninggalkan parti selepas beroleh kemenangan.

“Semua calon (ketika itu) berkumpul di ibu pejabat parti. Saya selaku SUA membantu (Datin Seri) Dr Wan Azizah (Wan Ismail) (selaku) Presiden parti untuk majlis serahan watikah calon. Sebelum diserah watikah semua mesti tandatangan bon tersebut.

“Sejumlah MP (Ahli Parlimen) PKR bertindak keluar parti selepas menang. Kerajaan PH (Pakatan Harapan) jatuh. Sebagai SUA,  saya kemudian memulakan tindakan undang-undang ke atas mereka berkenaan. Peguam William Leong MP Selayang mengetuainya. Saya ikut menjadi saksi utama memberi keterangan di hadapan hakim. Kena ‘cross’ dengan peguam Zuraida. Berpeluh juga,” katanya.

Jelas Saifuddin, tindakan undang-undang tersebut dimulakan dengan Zuraida menjadi defendan pertama.

“Kami menang. Langkah seterusnya ialah ke atas MP PKR  lain yang ikut keluar. Fakta kes sama, Insya Allah peluang menang cerah,” katanya. - Getaran, 23 Jun 2023

Sorotan

1

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

2

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

3

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

4

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

5

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

6

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas 22,000 Karton Minuman Keras

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Dakwa Dirogol Sejak Usia 12 Tahun, Ibu Bapa Ditahan Bantu Siasatan

Semasa 5 jam yang lalu

MCMC Bakal Tingkatkan Capaian Internet Di Pulau Kapas, Pulau Gemia

oleh Fida Ruzki

Semasa 21 jam yang lalu

Hadiri Perkampungan Sunnah: PM Berjiwa Besar - Penyelidik