web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ronnie Liu Umum Tinggalkan DAP, Tetap Sokong Kepimpinan Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 2:17PM

Ronnie Liu memohon untuk menamatkan keahliannya bersama DAP, tanpa memperincikan faktor sebenar beliau berbuat demikian - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Ronnie Liu mengumumkan pengunduran daripada parti yang disertainya sejak 41 tahun lalu, berkuat kuasa esok.

Menerusi surat yang ditulis kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang dikongsinya di Facebook, Ronnie memohon untuk menamatkan keahliannya bersama parti itu, tanpa memperincikan faktor sebenar beliau berbuat demikian.

“Saya adalah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat yang akan tamat perkhidmatan saya pada 2025.

“Saya melibatkan diri dalam perjuangan DAP semenjak di peringkat sekolah menengah dan menjadi ahli DAP pada 1982.

“Namun 41 tahun berlalu dan bersama DAP, banyak perkara telah berlaku dan ada yang di luar jangkaan saya.

“Dengan itu saya memohon untuk menamatkan keahlian saya bersama DAP berkuat kuasa mulai 24 Jun (esok),” katanya.

Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek di Selangor turut mengucapkan terima kasih terhadap segala peluang dan keyakinan diberikan parti kepadanya selama ini.

“Segala peristiwa manis pahit, pengalaman suka duka dan pengetahuan yang dihulur oleh parti kepada saya selama 41 tahun, saya berkhidmat dan berjuang bersama DAP Malaysia.

“Semoga DAP terus maju dan sentiasa memegang prinsip sosialisme demokratik dan konsep perjuangan 'Malaysia untuk rakyat Malaysia',” katanya.

Dalam hantaran berasingan, Ronnie yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP berkata, beliau tetap menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hati saya tetap bersama perjuangan Pakatan Harapan (PH) dan terus menyokong PMX (Perdana Menteri ke-10) dan konsep Malaysia Madani,” katanya.  – Getaran, 23 Jun 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad