web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKR Mungkin Teruskan Tindakan Undang-Undang Terhadap Bekas Ahli Khianat Parti - Fahmi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 2:17PM

Fahmi Fadzil berkata ia juga membuktikan pendirian PKR bahawa tindakan lompat parti adalah tidak berprinsip - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PKR mungkin mempertimbangkan untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap beberapa bekas ahlinya yang telah mengkhianati parti sebelum ini, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkara ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang memerintahkan bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada parti berkenaan kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.

“Dalam Mesyuarat Pimpinan Pusat PKR akan datang mungkin ada perbincangan di mana tindakan terhadap Zuraida telah diambil dan ada keputusan sebegini… bukan beliau sahaja yang melompat parti pada waktu itu tetapi ada sejumlah yang lain.

“Maka PKR mungkin meneruskan tindakan undang-undang kepada mereka yang telah mengkhianati parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman PKR itu selepas mendapati bon tersebut merupakan kontrak yang sah dan mengikat malah mahkamah juga memerintahkan Zuraida untuk membayar kos RM50,000.

Mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata ia juga membuktikan pendirian PKR bahawa tindakan lompat parti adalah tidak berprinsip walaupun Zuraida melanggar kontrak itu semasa negara belum melaksanakan Akta Anti Lompat Parti.

“Sebab itu PKR mengenakan bon kepada beliau (Zuraida) dan kepada semua yang bertanding (pilihan raya) atas tiket PKR,” kata beliau dan mengingatkan semua ahli PKR supaya tidak sesekali mengkhianati parti itu.

Pada Februari 2020, seramai 11 Ahli Parlimen mewakili PKR termasuk Zuraida mengisytiharkan keluar parti serta Pakatan Harapan (PH) dan antara yang turut keluar ialah bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, mengenai Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM itu, Fahmi berkata seramai 34 pelajar kawasan Parlimen Lembah Pantai telah menerima sumbangan wang tunai sebagai tanda memberi semangat setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun lepas.

“Ini adalah sebahagian usaha saya sebagai Ahli Parlimen untuk membantu mereka yang ramai daripada keluarga B40 dan M40 dengan harapan anak-anak ini dapat meneruskan pelajaran.

“Semoga mereka juga dapat mendampingi dan mempelajari pelbagai teknologi baharu seperti kecerdasan buatan dan mengikuti trend terkini supaya mereka bersedia untuk memasuki alam pekerjaan nanti,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad