web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: PN Umum Tanding Semua DUN Di 6 Negeri

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 9:51PM

PN akan bertanding di kesemua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di kesemua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada jumlah itu, Bersatu bakal bertanding di 83 DUN, PAS di 126 DUN manakala 36 DUN lagi ditandingi oleh Parti Gerakan (Gerakan).

“Jumlah kerusi baharu bukan penyandang yang bakal ditandingi oleh anggota parti PN pula merangkumi Bersatu sejumlah 64 kerusi, PAS sejumlah 50 kerusi dan Gerakan sebanyak 36 kerusi,” katanya selepas mempengerusikan Majlis Presiden PN di sini hari ini.

Turut hadir Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau Hoe Chai dan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

PRN akan datang membabitkan 36 DUN di Kedah, Kelantan (45) dan Terengganu (32) yang berada di bawah pentadbiran PN manakala Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36) iaitu negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Muhyiddin berkata jentera PN kini berada pada tahap tertinggi serta komited untuk menghadapi PRN terutama dalam usaha mempertahan tiga negeri di bawah pentadbirannya iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah selain menawan tiga lagi.

Ditanya sama ada calon yang bakal bertanding telah dimuktamad, beliau berkata perkara itu akan dibincang di peringkat parti dan diumum di peringkat negeri terbabit.

“Nama calon akan dikemukakan oleh negeri menerusi pencalonan yang dikemukakan di peringkat kawasan masing-masing kerana setiap parti ada jawatankuasa yang akan menapis calon bersesuaian daripada pelbagai aspek,” katanya.

Muhyiddin berkata selain itu, PN kini di peringkat akhir dalam menyempurnakan manifesto gabungan tersebut.

Presiden Bersatu itu turut menafikan dakwaan bahawa beliau dan Hamzah berselisih pendapat mengenai hala tuju parti seperti dilaporkan media tempatan baru-baru ini.

“Parti PN paling harmoni, semua parti tiada masalah dan masing-masing stabil. Bila masa saya bergaduh? Perkara ini sengaja dibuat maka jangan percayalah, ini hanya perbuatan laskar siber,” katanya.

Menurut laporan sebuah portal media tempatan, khabar angin itu tercetus susulan laporan baru-baru ini bahawa PN mencadangkan agar Hamzah digantikan dengan individu lain sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Politik 2 tahun yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PRK Jepak: Proses Pengundian Berjalan Lancar - Pengerusi SPR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam