web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Biarkan Generasi Muda Dipengaruhi Idea Parti Songsang - Khairuddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 9:53AM

Khairuddin Aman Razali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Generasi muda tidak boleh dibiarkan terus dipengaruhi oleh idea songsang yang menuduh lawan politik berbeza ijtihad sebagai musuh Islam.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, perseteruan dalam politik hanya dibezakan oleh wadah dan pendirian, tetapi ia sama sekali tidak membabitkan akidah.

Menurut beliau, amat tidak wajar untuk menuduh atau mengecam mana-mana individu yang berbeza haluan politik dengan menyifatkan mereka sebagai tidak Islamik dan seumpamanya.

“Tidak wajar juga menuduh mereka tidak memperjuangkan Islam, apatah lagi apabila mendakwa syurga hanya apabila mengundi parti sendiri dan neraka bila mengundi parti orang Islam yang lain. 

“Pemikiran sebegini melahirkan taksub kepada parti yang membawa kepada perbalahan dan pergaduhan dalam masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Hashim dilaporkan berkata, Khairuddin perlu memperbaiki UMNO terlebih dahulu sebelum menasihatkan PAS berkaitan penggunaan istilah Islam.
Hashim dilaporkan berkata, Khairuddin perlu memperbaiki UMNO terlebih dahulu sebelum menasihatkan PAS berkaitan penggunaan istilah Islam.

Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan demikian, dipercayai sebagai mengulas peringatan diberikan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, semalam.

Hashim menerusi kenyataan kepada portal FMT semalam berkata, Khairuddin perlu memperbaiki UMNO terlebih dahulu sebelum menasihatkan PAS berkaitan penggunaan istilah Islam.

Tegas Hashim, Khairuddin juga bukan lagi ahli parti berkenaan, justeru tidak perlu untuk beliau memberi nasihat kepada PAS.

Menjawab peringatan berkenaan, Khairuddin berkata, persaingan dalam politik di Malaysia menjurus kepada perbandingan tatakelola yang lebih baik, menurut prinsip Islam dan keadilan sejagat.

“Agama bagi negara kita ialah Islam (dan) payungnya ialah Yang di-Pertuan Agong yang bersumpah untuk memelihara Islam. 

“Malaysia adalah negara Islam dan tidak pernah sesekali dalam satu detik menjadi negara kufur meskipun bertukar beberapa kali parti yang memerintah,” katanya.

Khairuddin dua hari lalu dipetik sebagai berkata, Islam adalah milik semua penganut yang mengucap syahadah dan perjuangan agama itu menjadi hak setiap muslim.

Katanya, istilah agama seperti ‘perjuangan islam’, ‘istiqamah’, ‘dakwah’, ‘jihad’ dan ‘jamaah Islam’ sudah disempitkan makna dengan hanya merujuk kepada organisasi tertentu.

“Di Malaysia, sesiapa yang berhenti daripada organisasi PAS, dilabel sebagai ‘meninggalkan perjuangan Islam’ kerana perjuangan itu diyakini hanya milik PAS.

“Sedangkan hakikatnya perjuangan Islam itu milik semua muslim yang bersyahadah dan membawa obor dakwah agama, di mana sahaja mereka berada dan dalam organisasi politik mana mereka anggotai,” katanya. - Getaran, 21 Jun 2023



 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar