web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Bidas Dakwaan Khairuddin, ‘Jaga UMNO Sahaja’

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 10:37AM

Hashim Jasin memberi peringatan kepada Dr Khairuddin Aman Razali berhubung dakwaan pemimpin terbabit bahawa beberapa pihak berkepentingan dalam PAS, khususnya penggiat politik parti berkenaan sedang menyempit dan menyelewengkan istilah Islam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbaiki UMNO terlebih dahulu sebelum menasihatkan PAS berkaitan penggunaan istilah Islam.

Itu peringatan diberikan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin terhadap penasihat agama kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berhubung dakwaan pemimpin terbabit bahawa beberapa pihak berkepentingan dalam PAS, khususnya penggiat politik parti berkenaan sedang menyempit dan menyelewengkan istilah Islam

Hashim berkata, Khairuddin bukan lagi ahli PAS, justeru beliau hanya perlu ‘menjaga UMNO sahaja’.

“Jadi apa yang saya nak kata, perbaik UMNO dulu sebelum nasihat PAS. Itu sahaja saya nak komen,” katanya kepada FMT.

Menerusi kenyataannya kelmarin, Khairuddin yang juga Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO turut mendakwa, hakikatnya Islam adalah milik semua yang mengucap syahadah dan perjuangan agama itu menjadi hak setiap muslim.

Katanya, istilah agama seperti ‘perjuangan islam’, ‘istiqamah’, ‘dakwah’, ‘jihad’ dan ‘jamaah Islam’ sudah disempitkan makna dengan merujuk kepada organisasi tertentu sahaja.

“Di Malaysia, sesiapa yang berhenti daripada organisasi PAS, dilabel sebagai ‘meninggalkan perjuangan Islam’ kerana perjuangan itu diyakini hanya milik PAS.

“Sedangkan hakikatnya perjuangan Islam itu milik semua muslim yang bersyahadah dan membawa obor dakwah agama, di mana sahaja mereka berada dan dalam organisasi politik mana mereka anggotai,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Khairuddin berkata, ahli parti meninggalkan PAS juga dilabel sebagai ‘tidak istiqamah’, lalu dibaca ayat Al-Quran dan Al-Hadis mengenai arahan istiqamah dengan Islam.

Ujarnya, sedangkan hakikat istiqamah itu adalah dengan Islam berpegang kepada aqidah, syariat dan akhlaknya.

Justeru, tegasnya, meninggalkan PAS bererti tidak istiqamah dengan parti itu.

Malah, tegasnya, meninggalkan PAS bukannya menyebabkan individu tidak Istiqamah dengan Islam. - Getaran, 20 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi