web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Institusi UMNO Entiti Penting, Parti Perlu Kekal Relevan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 8:16PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penubuhan Institut UMNO diyakini mampu menjadi entiti penting dalam mengumpulkan golongan profesional bagi menggarap idea memperkasakan parti. 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia dilihat sebagai platform untuk meluahkan pelbagai pandangan agar tindakan itu mampu memikat semula hati rakyat, khususnya akar umbi untuk menyokong parti terbabit. 

"Saya percaya ia dapat menjadi entiti penting mengumpulkan pemikir-pemikir menggarap idea dan melunakkan pandangan. 

" la akan membolehkan UMNO terus relevan dalam menempuhi kedinamikan politik dengan pendekatan lebih segar," katanya menerusi hantara di Facebook, hari ini. 

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan, perbincangan bersama Timbalan Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Dr Kamaruddin M Said telah diadakan bagi melihat gerak kerja dan progres Institut UMNO. 

"Ilham penubuhan Institut UMNO bertujuan untuk memperkasakan parti dalam aspek intelektual. 

"Ia juga sebagai platform bagi meningkatkan pengetahuan ahli mengenai falsafah, sejarah perjuangan, kesedaran dan kefahaman politik serta membentuk kesatuan fikrah," katanya. 

Pada Januari lalu, Ahmad Zahid mengumumkan pelantikan Kamaruddin bagi mengetuai Institut UMNO manakala Profesor Datuk Dr Abdul Mua'ti @ Zambri Ahmad dilantik sebagai timbalan. 

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, ia dilaksanakan bagi menggarap idea untuk membolehkan parti itu meneruskan langkah masa depan dengan pendekatan lebih segar.

Jelas Ahmad Zahid, beliau mahu UMNO tampil dengan gerak kerja yang sesuai dengan denyut semasa, berjaya 'menangkap' imaginasi rakyat, serta mampu melonjakkan tahap kebolehpercayaan kepada parti.

"Kita mahu UMNO mengemukakan dasar serta pendekatan yang boleh menjawab persoalan-persoalan timbul kepada negara dan rakyat," katanya. 

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengarahkan Setiausaha Eksekutif Institut UMNO yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyegerakan perbincangan berhubung terma rujukan serta cadangan keanggotaan institut terbabit. - Getaran, 17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan