web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Parlimen Diminta Respon Laporan Dakwa PAS Kerap Guna Naratif Etnik Di Media Sosial

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 7:00AM

Lim Kit Siang - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang meminta menteri berkaitan memberikan kenyataan sebelum sidang Parlimen berakhir hari ini, berhubung laporan diterbitkan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) bahawa PAS dan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi antara pihak paling kerap menggunakan naratif berasaskan etnik di media sosial, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, laporan bertajuk ‘Pemantauan Media Sosial dalam Pilihan Raya Umum ke-15 di Malaysia’ itu diterbitkan CIJ bersama dengan University of Nottingham Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.

Malah, beliau menggesa kerajaan untuk terus memantau ucapan kebencian dan bahasa yang membawa kepada perpecahan di platform media sosial, seterusnya menjejaskan perpaduan negara.

“Saya menggesa supaya kerajaan bertindak dengan cadangan laporan (diterbitkan) mengenai media sosial dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) (Pemantauan Media Sosial dalam Pilihan Raya Umum ke-15 di Malaysia) ini,” katanya menerusi blog.

Beliau berkata, antara cadangan itu adalah penubuhan sebuah Jawatankuasa Bebas dengan pelbagai pemegang taruh, bagi menangani penyebaran naratif berbahaya dan ucapan kebencian.

Katanya, jawatankuasa terbabit hendaklah diberikan tanggungjawab untuk meneliti punca utama dan penggerak naratif berbahaya serta ucapan kebencian, terutama dalam konteks kaum dan agama.

Jawatankuasa itu juga, ujarnya, perlu diberi tanggungjawab merujuk pertubuhan masyarakat MADANI bagi memahami lumrah ucapan kebencian dan kemungkinan untuk ucapan terbabit, menyebabkan bahaya serta bagaimana memberikan tindak balas berpatutan terhadap ucapan kebencian.

“Jawatankuasa juga harus diberikan tanggungjawab membangunkan tindakan dan cadangan kukuh, membabitkan semua pihak serta platform yang selari dengan piawaian antarabangsa, terutamanya Rancangan Tindakan Rabat.

“Kajian ini juga mencadangkan supaya kerajaan melancarkan program kecelikan media dan digital lebih menyeluruh untuk mendidik pelajar serta orang awam, mengenai bahaya ucapan kebencian dan mempromosikan kesaksamaan, prinsip tidak mendiskriminasi, kepelbagaian serta inklusiviti,” katanya.

Kit Siang berkata, bagaimanapun kerajaan perlu memastikan bahawa sebarang tindakan yang dibuat untuk melawan ucapan kebencian, tidak sewenang-wenangnya menyekat kebebasan bersuara.

Mengulas lanjut mengenai laporan diterbitkan itu, beliau mempersoalkan adakah ia menyebabkan PAS dan Abdul Hadi, senyap sepi mengenai hasil analisa yang mendapati parti serta pemimpin terbabit, menjadi pengguna terbesar retorik perkauman dan keagamaan dalam PRU-15.

Malah, beliau mengajukan adakah rakyat akan menyaksikan penyalahgunaan isu perkauman dan keagamaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung Ogos depan, memandangkan ia pastinya akan menjejaskan perpaduan dalam negara.

“(Apapun), Islam dan agama lain tidak terancam di Malaysia dan sesiapa yang mencipta kisah sebegini hanya cuba untuk mempolarisasi hubungan antara kaum dan agama.

“Mereka hanya cuba merendah-rendahkan usaha perpaduan negara dan tindakan tegas perlulah diambil terhadap mereka ini,” katanya. – Getaran, 15 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad