web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Kelantan Bubar DUN 22 Jun Ini

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 1:53PM

Sekitar sidang media pengisytiharan pembubaran Dewan Negeri Kelantan Bagi Penggal Ke Empat Belas - Gambar Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan dibubarkan pada 22 Jun ini, bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, tarikh pembubaran itu ditetapkan selepas beliau menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan diperkenankan baginda.

“Adalah saya, setelah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V bagi memohon ampuni perkenan untuk membubarkan Dewan Negeri Kelantan Bagi Penggal Yang Ke Empat Belas.

“Bahawasanya, menurut Fasal (2) Perkara 46 Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Pertama) memperuntukkan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia boleh memberhenti atau membubarkan Dewan Negeri,” katanya menerusi hantaran di Facebook PAS.

Beliau berkata, Sultan Muhammad V dalam menjalankan kuasa diberikan di bawah Fasal (2) Perkara 46 Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Pertama) mengampuni perkenan untuk membubarkan Dewan Negeri Kelantan.

“Baginda mengampuni perkenan untuk membubarkan Dewan Negeri Kelantan pada Khamis, bersamaan 22 Jun 2023,” katanya.

DUN Kelantan mempunyai 45 kerusi dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PAS memenangi 37 daripadanya dan lapan menjadi milik UMNO-BN.

Selain Kelantan, PRN bakal diadakan di lima negeri lain pada tahun ini, iaitu Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

Ia selepas keenam-enam negeri berkenaan enggan membubarkan DUN semasa pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November tahun lalu.

Pendirian itu diambil atas alasan kerajaannya mahu menunggu penggal tamat pada tahun ini. – Getaran, 14 Jun 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam