web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kit Siang Bidas Muhyiddin Mahu PRN Jadi ‘Pungutan Suara’ Terhadap Kerajaan Kerana…

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 9:28PM

Lim Kit Siang - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menyifatkan enam pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tahun ini, sebagai permulaan ujian sama ada Malaysia kini sedang merosot menjadi negara berpecah belah dan gagal atau mendaki untuk muncul sebagai juara dunia.

Justeru, beliau tidak bersetuju dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu PRN di enam negeri berkenaan, menjadi ujian pungutan suara terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya lihat enam PRN ini sebagai permulaan ujian sama ada Malaysia kini sedang berlumba merosot menjadi sebuah negara berpecah belah dan gagal atau berlumba ke atas, menjadi juara dunia dan contoh dialog, persefahaman, toleransi serta keharmonian antara etnik, agama, budaya dan tamadun kepada dunia,” katanya menerusi blog hari ini.

Beliau berkata, penubuhan Kerajaan Perpaduan memberikan peluang unik untuk rakyat menetapkan semula dan mengembalikan negara kepada prinsip pembinaan Malaysia yang majmuk.

Katanya, ia membawa maksud prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman bebas, Islam sebagai agama rasmi dengan kebebasan untuk agama lain, tadbir urus baik serta integriti awam dengan rasuah minima.

Malah, rakyat harus mewujudkan sebuah kerajaan jujur dan bersih, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, usaha menghentikan segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara.

“Ia memberi peluang kepada sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial bertaraf dunia, perpaduan negara, persefahaman serta keharmonian dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya.

“Rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kawasan, tidak boleh membazirkan peluang menetapkan semula dan mengembalikan negara kita kepada prinsip asas sebuah Malaysia yang majmuk kerana peluang sebegini tidak mungkin akan muncul lagi buat kali kedua,” katanya.

Kit Siang berkata, atas kepentingan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menasihati semua rakyat mengekalkan kestabilan politik dan memulihkan perpaduan negara.

Menurutnya, ia bagi memastikan supaya rakyat Malaysia mampu menjadi juara dunia sekali lagi.

Pada masa sama, Kit Siang mempersoalkan adakah rakyat ingin terus bertelagah di antara satu sama lain dan membiarkan ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan tidak jujur, terus mempolarisasikan hubungan antara kaum dan agama di dalam negara melalui penipuan, fitnah dan berita palsu, kononnya ada kaum atau agama tertentu sedang diancam untuk dihapuskan kaum atau agama lain.

“Atau adakah kita akan bangkit kepada realiti yang ‘masa tidak menunggu sesiapa’ dan persaingan sebenar untuk rakyat Malaysia adalah bukan di antara kita, tetapi dengan seluruh dunia.

“Adakah rakyat Malaysia akan terus mahu berhijrah ke luar negara untuk menjadikan negara lain hebat, atau adakah kita akan bersatu padu dan memastikan adanya kestabilan politik untuk menjadikan Malaysia yang hebat?,” soalnya.

Selain itu, Kit Siang berkata, semasa Perang Dingin tamat, Fukuyama muncul dengan satu teori mengenai ‘Penamat Sejarah’, di mana berakhirnya perang dan tragedi dan permulaan satu era baharu di dunia yang bebas dari sebarang ancaman.

Perkara itu, katanya, terbukti sebagai khayalan di mana masyarakat dapat lihat lebih banyak perang dan konflik serantau meletus, mengancam keamanan serta keselamatan dunia.

Katanya, bolehkah menyumbang ke arah keamanan dan keharmonian dunia untuk mengelakkan pertembungan di antara tamadun?

“Saya percaya Malaysia, yang berada di titik pertemuan empat tamadun hebat, mampu memainkan peranan ini.

“Tetapi rakyat Malaysia perlulah bersatu padu terlebih dahulu dan memastikan terdapatnya kestabilan politik di dalam negara,” katanya. - Getaran, 13 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar