web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rangka Tindakan Kemajuan Melayu: UMNO Perlu Segera Anjur Kongres Melayu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 8:18AM

Mohamad Hasan - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO perlu segera menganjurkan Kongres Melayu dengan menghimpunkan pemikir terbaik bangsa, untuk membantu menghasilkan rangka tindakan (blueprint) kemajuan dan pemodenan bangsa Melayu yang lengkap, menyeluruh dan kalis masa.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO perlu memulakan langkah berani dan tegas, dengan merangka rangka tindakan baharu dengan membawa agenda Melayu yang moden dan maju, untuk meyakinkan bangsa Melayu bahawa parti mempunyai rencana yang jelas untuk bangsa.

“Jika UMNO tidak menyediakan blueprint sebegini, maka bagaimana kita akan merencana program yang sistematik untuk kemajuan bangsa Melayu.

“Dengan blueprint sedemikian, kita dapat membuktikan bahawa kita sedar akan masalah yang melingkari bangsa Melayu dan kita ada strategi dan rancangan jangka panjang untuk mereka,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri secara serentak di sini semalam.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) mencadangkan Kongres Melayu itu digerakkan oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata parti itu belum berjaya menampilkan agenda yang lebih progresif untuk bangsa Melayu.

“Empat tahun telah terbiar begitu sahaja, setelah dihambat pelbagai kemelut politik tanah air. Kita seolah hilang fokus kepada segala kekusutan dan kesengsaraan yang dilalui bangsa Melayu dan kita juga gagal, menampilkan solusi yang bernas untuk mereka.

“Ingatlah...bangsa kita berhadapan dengan pelbagai krisis yang meruncing sejak kebelakangan ini. Meskipun pahit perlu ditelan, hakikatnya bumiputera jauh ketinggalan berbanding kaum lain di negara ini. Orang Melayu kita masih tergolong dalam kumpulan miskin tegar, dengan kadar kemiskinan tertinggi berbanding masyarakat yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata UMNO tidak lagi boleh hidup dalam penafian, selepas tewas dalam dua pilihan raya umum yang lepas, selain bukan lagi blok politik Melayu terbesar dalam demokrasi Malaysia.

Beliau berkata penyusutan pengaruh UMNO dalam kalangan orang Melayu dan rakyat Malaysia adalah pada tahap kritikal.

“Justeru, janganlah kita terus bermain dengan ‘the blame game’. UMNO tidak akan bangkit, jika kita terus terperangkap dalam ‘blame game’ ini. Nasib dan masa depan UMNO adalah urusan kita. Tiada yang mampu mengubah nasib UMNO kecuali kita jua.

“Justeru, sekarang adalah masanya untuk kita memulakan semula, gerak kerja membangunkan UMNO ini dengan iltizam, jiwa dan kerja keras,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad