web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hadi Awang Hisap Rokok Apa? Tawaran Sertai Kerajaan Hanya Retorik

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 8:39PM

Lim Kit Siang - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang diyakini tidak berupaya untuk mendedahkan individu yang didakwa memberi tawaran untuk parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan kerana ia hanya retorik ciptaan parti berkenaan.

Veteran DAP, Lim Kit Siang secara sinis mempersoalkan jenis rokok yang dihisap Ahli Parlimen Marang itu, sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Katanya, adalah tidak munasabah untuk Abdul Hadi dihubungi mana- mana pemimpin Kerajaan Perpaduan bagi mempelawa PAS untuk menyertai Putrajaya.

“Rokok apakah yang dihisap oleh Abdul Hadi apabila beliau mendakwa PAS ditawarkan peluang untuk menyertai kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim?

“Abdul Hadi juga telah dicabar oleh ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk mendedahkan identiti individu yang menawarkan peluang kepada partinya menyertai Kerajaan Perpaduan.

“Saya tidak akan terkejut jika Hadi tidak dapat mendedahkan identiti individu itu, kerana orang ini tidak wujud, sama seperti Hadi tidak dapat membuktikan pelbagai tuduhan liar dan tidak masuk akal yang dibuat terhadap DAP dan saya,” katanya menerusi kenyataan di blog miliknya, hari ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu 
turut menempelak Hadi susulan kenyataan beliau bahawa PAS wajar diberikan peranan penting dalam Kerajaan Perpaduan kerana parti itu mempunyai bilangan kerusi terbesar  dalam Dewan Rakyat.

Tegasnya, permintaan itu membuktikan Abdul Hadi tidak jujur untuk menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

“Abdul Hadi kata PAS perlu diberi peranan dominan kerana ia mempunyai bilangan kerusi parlimen terbanyak, daripada semua parti. Adakah Hadi mahu menjadi Perdana Menteri?

“Itu menunjukkan Abdul Hadi tidak ikhlas mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan, kerana beliau lebih berminat dengan penguasaan PAS daripada perpaduan,” katanya.

Walaupun menyokong idea PAS menjadi sebahagian kerajaan persekutuan, Kit Siang memaklumkan parti itu harus menunjukkan perubahan sikap terlebih dahulu dengan menyokong sepenuhnya titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menjaga kestabilan politik dan perpaduan nasional di Malaysia.

“Mungkin Abdul Hadi tersilap saranan saya bahawa PAS harus bekerjasama dengan kerajaan untuk menyelesaikan isu yang telah lama berlarutan, (khususnya) masalah air 60 tahun dan ketiadaan pembangunan di Kelantan, Terengganu, dan Kedah sebagai jemputan rasmi kepada beliau untuk PAS menyertai kerajaan Persekutuan.

“Beliau tidak menyedari penjelasan saya bahawa ini adalah idea peribadi saya, bukannya DAP kerana tidak membincangkannya dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke atau sebarang pemimpin parti lain, apatah lagi ahli politik dan menteri Kerajaan Perpaduan, pimpinan Anwar,” katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi mendakwa, beliau pernah beberapa kali dihubungi ‘orang tertentu’ yang menawarkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun tegasnya, tawaran itu sepatutnya mengutamakan PAS kerana mempunyai kerusi yang lebih daripada parti lain.

Atas faktor tersebut jelas Abdul Hadi, kerjasama berkenaan tidak berlaku kerana ia menampakkan PAS hanya berfungsi untuk menambah jumlah kerusi bagi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan semata-mata. - Getaran, 29 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad