web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Gesa PM Mohon Maaf Atas Fitnah PN Terima Dana Syarikat Judi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 1:42PM

Khairil Nizam Khirudin berkata, PAS mengambil maklum penjelasan diberikan Azalina Othman Said bahawa SPRM tidak akan meneruskan tindakan lanjut berhubung dakwaan parti PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen pada PRU-15 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas tiada tindakan susulan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), PAS kini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon maaf kerana mendakwa parti Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin berkata, parti itu mengambil maklum penjelasan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa SPRM tidak akan meneruskan tindakan lanjut berhubung dakwaan tersebut.

Azalina dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam memaklumkan SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu tersebut.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya.

Susulan itu,  Khairil menegaskan, jawapan tersebut jelas membuktikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pimpinan Anwar menipu.

“Tuduhan yang dibuat PMX (Anwar) selepas beberapa minggu menerajui kerajaan, melengkapkan lagi bukti pembohongan tersebut.

“Kami menggesa PMX memohon maaf secara terbuka ke atas fitnah dan penipuan yang dilemparkan kepada PN,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kemungkinan PN memperoleh dana politik dari syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.

PAS bagaimanapun berkata, mustahil untuk PN menerima dana politik dari tauke dan syarikat judi ketika parti itu tegas menutup tempat perjudian, malah pernah dituduh Taliban.

Anwar berkata, Kementerian Kewangan juga mendapati "pelanggaran" dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Dalam laporan itu, Anwar dipetik sebagai berkata, dana pilihan raya untuk parti "Melayu" dan parti "Islam" datang dari syarikat perjudian.

Sementara itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa dakwaan parti itu memperoleh dana politik daripada syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya adalah fitnah dan tuduhan serius.

Susulan itu, katanya, beliau akan berbincang dengan peguam mengenai langkah seterusnya yang akan diambil terhadap dakwaan Anwar.

“InsyaAllah kita akan teliti dan yang penting… yang pertama, kita akan tuntut supaya mereka memohon maaf.

“Ini satu fitnah dan pertuduhan yang berat. Selepas itu saya tengok apa mereka akan lakukan selepas itu. InsyaAllah,” katanya. - Getaran, 26 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad