web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dasar Baharu Lonjak Ekonomi, Bantuan Guaman Antara Tumpuan Hari Pertama Dewan Rakyat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 9:15AM

Perkara itu dibangkitkan Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut-PN) kepada Perdana Menteri pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persoalan mengenai dasar baharu dan drastik yang telah dilaksanakan Kerajaan Perpaduan bagi melonjakkan ekonomi negara dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia dijangka dibangkitkan pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, perkara itu dibangkitkan Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut-PN) kepada Perdana Menteri pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan.

Pada sesi sama, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kota Bharu-PN) turut bertanyakan Perdana Menteri sama ada kerajaan bercadang untuk menggubal Akta Pembelaan Awam bagi menyediakan perkhidmatan bantuan guaman untuk kes jenayah di negara ini agar rakyat yang kurang berkemampuan turut mendapat akses kepada keadilan dan pembelaan sewajarnya.

Dalam pada itu, Gobind Singh Deo (Damansara-PH) membangkitkan soalan kepada Menteri Komunikasi dan Digital berhubung inisiatif yang dilakukan kerajaan dalam mempromosikan perniagaan digital serta langkah yang diambil dalam membantu syarikat tempatan di pasaran global.

Menteri Pertahanan pula dijadualkan menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah-PN) mengenai kesiapsiagaan aset pesawa Sukhoi 30-MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khususnya melibatkan alat ganti jet pejuang berkenaan berikutan sekatan ekonomi negara barat terhadap Rusia yang merupakan negara pengeluar asal pesawat terbabit.

Selepas sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan sesi pembentangan untuk bacaan kali pertama Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini bersidang selama 11 hari bermula 22 hingga 25 Mei dan bersambung semula pada 6 hingga 15 Jun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad