web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan: Penutup Menggembirakan Dengan Parti Gabungan Mengetepikan Perbezaan Politik

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 9:12AM

Konvensyen semalam berpotensi menangkis spekulasi bahawa pentadbiran Anwar mungkin akan tumbang berikutan dakwaan berlaku sikap tidak setia parti komponen. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan semalam, bukan sahaja acara pertama seumpamanya diadakan, malah menunjukkan solidariti kukuh dan kesepakatan dalam kalangan ‘musuh politik’ yang kini bertukar menjadi sekutu.

Belum pernah dalam sejarah singkat Kerajaan Perpaduan mempunyai semangat kebersamaan yang lebih jelas dalam kalangan ahli parti komponen, dengan keazaman untuk mengetepikan perbezaan politik demi kepentingan negara.

Konvensyen berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, semalam itu, berpotensi menangkis spekulasi bahawa pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan akan tumbang berikutan dakwaan berlaku sikap tidak setia parti komponen.

Dengan hadirin dan pemimpin tertinggi parti berpakaian putih dan bukannya pakaian rasmi parti biasa, tumpuan untuk perhimpunan itu adalah parti yang menentang jurang politik, menetapkan matlamat bersama, iaitu memastikan Malaysia lebih baik.

Pemimpin utama parti yang menyampaikan ucapan semasa Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan turut menyokong Anwar, walaupun mengakui kerjasama dengan parti yang menjadi ‘lawan politik’ sebelum ini bukan mudah.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, walaupun kerjasama politik di bawah Kerajaan Perpaduan sebelum ini dianggap konsep yang pelik, masa depan negara memerlukan perkara lalu ditinggalkan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyatakan sentimen sama bahawa adalah lebih baik berada dalam ‘perkahwinan paksa’ dengan musuh politik daripada bekerja dengan parti ‘tidak setia’, merujuk kepada bekas sekutu parti PAS yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mengetuai Perikatan Nasional (PN).

UMNO bukan satu-satunya parti yang menggambarkan keadaan konvensyen itu adalah luar biasa, apabila acara berkenaan adalah kali pertama memperlihatkan ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH), kecuali Anwar menjejakkan kaki di Dewan Merdeka yang bersejarah, malah menyaksikan Perdana Menteri menyampaikan ucapan bersemangat apabila bersama UMNO.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke juga menyuarakan pendapat yang dipercayai turut senada seperti pemimpin parti komponen PH, dengan berkata ‘Saya tidak fikir sesiapa dari parti saya pernah terfikir untuk bercakap di sini. Saya agak gementar kerana saya tidak pernah bercakap di pentas ini sebelumnya,”.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan Kerajaan Perpaduan menyasarkan untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sambil memberi jaminan kepada perwakilan bahawa kunci kejayaan politik adalah untuk mengukuhkan sokongan mereka kepada Anwar.

Ribuan hadirin Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan daripada 19 parti politik itu, seolah-olah menerima secara terbuka impian disuarakan bukan sahaja oleh pemimpin parti masing-masing, malah mantah pemimpin parti lawan.

Ucapan Anwar, Loke dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendapat sorakan serta tepukan gemuruh, terutama apabila Saifuddin mengisytiharkan slogan parti ternama itu perlu diubah suai bagi mencerminkan gabungan politik di bawah Kerajaan Perpaduan terbabit.

Di sebalik ucapan dipenuhi dengan desakan untuk mengetepikan kerumitan masa lalu bagi mewujudkan Malaysia yang lebih bersih, pemimpin yang berucap di acara itu tidak menyentuh mengenai pilihan raya akan diadakan di enam negeri.

Walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan bulan depan itu adalah pertama diadakan sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan dan dikatakan untuk menguji sokongan terhadap Anwar, tiada perbincangan mengenai strateginya dibangkitkan semasa ucapan berkenaan.

Ini berkemungkinan disebabkan pemimpin Kerajaan Perpaduan yang mahu berpegang pada matlamat penganjuran konvensyen, iaitu untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa tidak timbul soal kesetiaan goyah dalam pentadbiran, sekali gus meletakkan sasarannya untuk bertahan bagi jangka panjang.

Hanya masa yang akan menentukan sejauh mana konvensyen itu mampu meredakan keresahan sebenar di hati rakyat.

Bagaimanapun, adalah lebih sesuai untuk mengatakan bahawa perhimpunan itu sudah mencapai matlamatnya bagi mengetengahkan barisan kepimpinan kerajaan diterajui Anwar. – The Vibes, 15 Mei 2023

Laporan tambahan oleh Amar Shah Mohsen, Adam Ayzzat

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad