web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konvesyen Perpaduan Beri Isyarat Permusuhan Politik Sudah Berakhir - Adam Adli 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 2:12PM

Adam Adli Abdul Halim - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konvesyen nasional hari ini bukan sekadar platform untuk menjelaskan mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan, tetapi turut bertindak sebagai isyarat kepada pengakhiran sebuah permusuhan politik yang berusia puluhan tahun, kata Adam Adli Abdul Halim.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata, program dihadiri pemimpin dan ahli parti yang membentuk kerajaan Persekutuan ini memainkan peranan sebagai titik perubahan yang mencerminkan perpaduan sesama sendiri.

“Ini adalah usaha kita bersama untuk membangunkan negara,” katanya pada sesi dialog melibatkan pemimpin beli negara, di sini hari ini.

“Kali ini, kita mahu noktahkan perseteruan politik berusia puluhan tahun lamanya antara kita, Insya Allah.”

Adam Adli bagaimanapun mengakui  bahawa usaha berkenaan tidak semudah disangka, susulan perbezaan ideologi.

Sebahagian delegasi yang hadir pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, di sini, hari ini.
Sebahagian delegasi yang hadir pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, di sini, hari ini.

Dalam hal ini katanya, pemimpin sayap belia setiap parti memainkan peranan penting untuk menangani perbezaan dengan menyuarakan komitmen kepada Kerajaan Perpaduan, demi rakyat.

“Tak guna jika kita berhimpun hari ini hanya untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing tanpa memikirkan mengenai rakyat”.

Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, adalah amat penting untuk semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan melangkah lebih jauh dalam menangani segala isu yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini.

Beliau menambah, konvesyen hari ini membuktikan semua ahli parti menyedari keperluan untuk bersama dan mengakhiri ketidakstabilan politik dan ekonomi yang telah menyelubungi negara sejak beberapa lama.

Nurul Amal Mohd Fauzi
Nurul Amal Mohd Fauzi

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, walaupun pemimpin kerajaan menyedari keperluan untuk semua parti bekerjasama demi memastikan kestabilan dan kemakmuran, kesedaran yang sama harus ditanam dalam diri setiap rakyat.

“Ada yang berkata, konsep ini hanya difahami pemimpin di atas, tapi tidak oleh ahli akar umbi. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membuatkan mereka faham”.

Sementara itu, Ketua Pemuda AMANAH, Senator Mohd Hasbi Muda berkata, peggabungan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan yang satu ketika dahulu adalah seteru politik berpunca kerana mereka berdepan musuh yang sama iaitu Perikatan Nasional (PN).

Katanya, gabungan pembangkang sering menggunakan kaedah politik ekstrem dengan memilih menjadi populis, walaupun perlu mengorbankan rakyat.

Mohd Hasbi Muda (kanan).
Mohd Hasbi Muda (kanan).

“Sebagai contoh, isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF). Mereka tidak kisah jika rakyat tidak memiliki wang persaraan sebagai bekal di hari tua. Mereka hanya mahu menjadi popular.”

Selain itu Hasbi berkata, kerajaan hari ini turut berdepan gabungan yang sanggup memainkan isu perkauman demi kepentingan politik mereka.

“Mereka tidak kisah jika Kabinet hanya dianggotai satu kaum sahaja, mereka tidak kisah jika tidak memiliki wakil Sabah dan Sarawak.”

Jelas Hasbi, walaupun ada kesilapan dilakukan kerajaan, mereka akan tetap mempromosikan perpaduan. - The Vibes, 14 Mei 2023




 

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Kehadiran DAP Ke Dewan Merdeka Dorong Rakyat, Ahli UMNO Tinggalkan Parti?

2

Politik 3 tahun yang lalu

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan: Penutup Menggembirakan Dengan Parti Gabungan Mengetepikan Perbezaan Politik

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Selepas 25 Tahun, Suara Anwar Kembali Bergema Di Dewan Merdeka

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar