web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PKR Perak Sedia Bantu Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan Hadapi PRN Di 6 Negeri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 12:24PM

Mohd Azlan Helmi berkata perincian lanjut berhubung perkara itu akan dimuktamadkan kepimpinan parti di peringkat pusat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPAR - PKR Perak sudah bersiap sedia membantu rakan parti itu dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam waktu terdekat.

Setiausaha PKR Perak, Mohd Azlan Helmi berkata perincian lanjut berhubung perkara itu akan dimuktamadkan kepimpinan parti di peringkat pusat.

“Kita masih menunggu (arahan) daripada mereka dan saya fikir jentera pilihan raya di peringkat negeri telah disusun rapi mengikut keperluan dan bidang tugas masing-masing.

“Kita juga tiada masalah jika arahan daripada pusat menghantar kita ke mana-mana negeri bagi menghadapi PRN kali ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah di sini, malam tadi.

Sebelum ini, media melaporkan PRN membabitkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bakal dilangsungkan serentak dan kepimpinan kerajaan enam kerajaan berkenaan sepakat bahawa masa paling sesuai bubar Dewan Undangan Negeri masing-masing ialah dua minggu terakhir bulan Jun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

3

Politik 2 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan