web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan Pembahagian Kerusi PRN Ditentukan Selepas DUN Dibubar - Mohamad

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 7:44PM

Mohamad Hasan berkata keputusan itu akan dibuat di peringkat pusat dalam blok BN serta PH, dan proses rundingan mengenai agihan kerusi di negeri-negeri terlibat sedang berjalan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

REMBAU - Keputusan pengagihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hanya akan dibuat selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan dibubarkan nanti.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu akan dibuat di peringkat pusat dalam blok BN serta PH, dan proses rundingan mengenai agihan kerusi di negeri-negeri terlibat sedang berjalan.

"Keputusan pembahagian kerusi belum dibuat lagi, biar gerak kerja dilakukan dahulu, kalau cerita tentang kerusi memang akan (ada) masalah, (keputusan) pembahagian akan dibuat selepas pembubaran DUN, pada masa itu nanti kita sudah tiada pilihan, kita terus bersetuju dan terus bergerak ke hadapan.

".. jangan cerita tentang kerusi dulu, tetapi fikirkan bagaimana kita nak menang di bawah Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Pertahanan itu bersama keluarganya di Kampung Tanjong, Rantau di sini hari ini.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar.

Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN menjelaskan rundingan pengagihan kerusi adalah antara dua blok parti iaitu BN dan PH dan bukannya antara parti-parti politk.

Mengulas mengenai Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihadiri lebih 5,000 orang tetamu hari ini, Mohamad berkata majlis itu kembali meriah tahun ini selepas tiga tahun tidak diadakan akibat pandemik COVID-19.

"Alhamdullilah ramai yang datang sejak 8 pagi tadi, terima kasih diucapkan, menu istimewa disajikan hari ini ialah menu wajib iaitu rendang, pajeri nanas dan gulai tulang. Tahun ini saya tambah lagi menu iaitu gulai perut lembu dan rebung, semua masakan kampung," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

2

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad