web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Sasar Rampas Parlimen Pasir Salak, 2 DUN - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 8:57PM

UMNO menyasarkan untuk merampas semula kerusi Parlimen Pasir Salak dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR SALAK - UMNO menyasarkan untuk merampas semula kerusi Parlimen Pasir Salak dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya harap dalam Pilihan Raya Umum ke-16 nanti atau (apabila) kita ada Pilihan Raya Negeri Perak nanti, kita mahu rampas kerusi dua Dewan Undangan Negeri di Pasir Salak, malah insya-Allah kita juga akan rampas semula kerusi Parlimen Pasir Salak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidiflfitri UMNO Bahagian Pasir Salak, di Kampong Gajah di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Kawasan Parlimen Parlimen Pasir Salak dan dua DUN di bawah Parlimen itu kini disandang oleh wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) iaitu Jamaludin Yahya (Parlimen Pasir Salak), Datuk Zainol Fadzi Paharudin (DUN Sungai Manik) dan Zafarulazhan Zan (DUN Kampong Gajah).

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut mengumumkan jalan dan jambatan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop bakal dibuka untuk pengguna pada 31 Mei ini.

“Saya ingin mengesahkan dan saya mengumumkan di Pasir Salak ini, by hook or by crook (dengan apa cara sekalipun) 31 Mei wajib orang Pasir Salak dan Bagan Datuk menyeberang memakai jambatan baharu itu.

“Jadi saya harap pembangunan seperti itu kita manfaatkan untuk bukan sahaja dari segi infrastuktur, tetapi yang penting ialah pembangunan ekonomi Kampong Gajah dan kawasan Parlimen Pasir Salak serta penduduk dan kawasan Parlimen Bagan Datuk akan dapat dibangunkan,” katanya.

Pada 11 April lepas, Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan memaklumkan pembukaan jalan dan jambatan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop yang dijadual menjelang Aidilfitri ini ditunda ke penghujung Mei ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar