web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: 80 Peratus Agihan Kerusi BN-PH Selesai - Setiausaha Agung UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 12:32PM

Asyraf Wajdi - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah mencapai 80 peratus, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata baki 20 peratus lagi masih memerlukan perincian sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

"Secara umumnya, 80 peratus kita sudah ada satu kesefahaman, cuma ada 20 peratus lagi yang memerlukan perincian dan kita nampak tidak ada masalah besar dalam perundingan, suasananya cukup positif dan sudah tentu setiap badan gabungan perlu kembali kepada parti masing-masing.

"Itu sahaja boleh saya katakan, selebihnya kita tunggu apabila kita sudah memuktamadkan," katanya kepada pemberita selepas  Majlis Makan Colek Bersama Media Kelantan, di sini malam tadi.

Sementara itu beliau berkata UMNO melihat PRN melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan pada tahun ini menjadi 'ujian litmus' pertama kerjasama dan persefahaman buat BN dan PH di peringkat persekutuan menerusi Kerajaan Perpaduan.

Katanya sifat realistik penting dan PRN dijadikan pentas pertama bukan sahaja menguji tetapi mahu melihat perkara yang boleh ditambah baik.

"Paling penting kerajaan yang ada perlu stabil dari segi ekonomi, pembangunan sosial. Disebabkan perbalahan politik lebih empat tahun lalu Malaysia sudah jauh ketinggalan berbanding dengan negara jiran," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman : Keluar Undi Esok, Buat Pilihan Terbaik - Calon BN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar