web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Soalan Provokatif Keluar Sekejap Bukti KJ, Shahril Masih Membenci Zahid – Puad

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 7:00AM

'Keluar Sekejap' kendalian Shahril (kiri) dan KJ antara lain membincangkan isu pengampunan Diraja ke atas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Soalan provokatif diutarakan mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menerusi sebuah program podcast jelas membuktikan mereka masih menyimpan rasa benci serta marah terhadap Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, program dikenali sebagai 'Keluar Sekejap' itu diyakini hanya menyuarakan hati nurani kedua-dua bekas ahli UMNO berkenaan.

Menurut beliau, kedua-duanya seolah gembira jika Barisan Nasional (BN) ditendang daripada blok Kerajaan Perpaduan.

“Jika mengikut KJ (gelaran diberikan kepada Khairy), tanpa BN (pun) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) masih Perdana Menteri Ke-10 kerana sokongan diberikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), malah Anwar masih ada 118 kerusi majoriti mudah.

“KJ umpama menasihati Anwar, tidak apa jadi PM (Perdana Menteri) kerajaan majoriti lemah. Apakah itu pandangan ke depan KJ untuk memastikan wujud kerajaan yang lebih stabil,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Puad menyatakan demikian sebagai mengulas program podcast dikendalikan Khairy dan Shahril, yang mula bersiaran 7 Mac lalu.

Menerusi episod ke-12 dua hari lalu, 'Keluar Sekejap' antara lain membincangkan isu pengampunan Diraja ke atas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Membidas soalan-soalan yang dikemukakan ketika bersiaran, Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata, Khairy seolah suka jika kerajaan sekali lagi bertukar tangan.

“Agaknya dia mencari jalan pintas untuk politiknya. Tetapi apa yang mahu dihairankan dengan KJ. Dia bercakap soal ‘kos politik’.

“Apakah kos kerajaan majoriti lemah lebih baik? Apakah kerajaan majoriti lemah tidak terdedah dengan ugutan,” tempelaknya.

Tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, Khairy seolah menganggap Anwar menjadi tebusan kepada Zahid.

“Dia mengandaikan Anwar berkata enough is enough. Saya tidak mahu jadi tebusan Wak Zahid. Saya cukup tanpa UMNO. Segalanya terpaksa dihalalkan.

“Apa yang dihalalkan? Apakah pengampunan Diraja haram? Apakah lantikan politik GLC (syarikat berkaitan kerajaan) pun haram? UMNO tidak buat perjanjian bertulis isu pengampunan untuk tubuh kerajaan,” selarnya.

Membicarakan soal halal, Puad turut mempersoalkan mengapa Khairy bersekongkol menghalalkan penggantungan Parlimen dan pengisytiharan darurat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, sewaktu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menyandang portfolio Perdana Menteri.

“Negara lain tidak buat (penggantungan Parlimen dan pengisytiharan darurat masa COVID-19. Tidak mendesak pun.

“KJ dakwa soalannya soalan budak nakal. Dia bukan nakal. Dendamnya belum habis. Dia gagal kalahkan Zahid. Dia gagal jadi Presiden. Dia terlepas peluang jadi PM (pada) umur 40 tahun. Kini naratif KJ ialah asalkan bukan UMNO,” katanya. – Getaran, 15 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dipecat Bukan Halangan, KJ Tetap Kempen Untuk Sahabat Baik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KJ Kagum Kesediaan PM Dengar Idea Ketika Bincang Isu Ekonomi

3

Politik 2 tahun yang lalu

‘Saya Sudah Beri Pandangan, Muhyiddin Minta Fikir Sekali Lagi’ - KJ

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Apa Salahnya Rafizi Ditegur, Adakah Desak Menteri ‘Perform’ Tembak Kaki Sendiri? - Puad

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar