Berita Terkini

6 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Dakwa PKR Lawan Al-Quran, Abdul Hadi Dicabar Buat Kenyataan Jelas

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 12:13PM

Abdul Hadi Awang dicabar membuat kenyataan secara jelas mengenai kedudukan PKR terhadap Perlembagaan Persekutuan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – PKR membidas coretan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa parti diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, bertindak melawan Al-Quran dan mempertahankan warisan penjajah.

Menurut Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Amidi Abdul Manan, Abdul Hadi dicabar membuat kenyataan secara jelas mengenai kedudukan parti itu terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ia kerana menerusi catatannya itu, Abdul Hadi dilihat tidak menyatakan hal terbabit dengan jelas, selain menyifatkan Ahli Parlimen Marang berkenaan ‘meludah ke langit’ apabila mendakwa PKR ‘mengekalkan warisan penjajah’ yang dipercayai merujuk kepada Perlembagaan negara.

“Agak melucukan apabila Abdul Hadi menuduh PKR mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang bertentangan dengan Islam, sedangkan perkara yang serupa dilakukan wakil rakyat Marang tersebut bersama sekutunya sebelum ini.

“(Abdul Hadi) terlupa lafaz ikrar yang dibaca ketika kali pertama bersidang bagi setiap sesi iaitu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan pada setiap masa dan ketika.

“Makan ludahan ke langit akan hingga ke muka sendiri,” katanya menerusi kenyataan hari ini, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Semalam, Abdul Hadi menerusi hantaran Minda Presiden PAS di Facebook yang bertajuk PKR Melawan Al-Quran mendakwa parti itu bersikap demikian.

Dakwanya, ia susulan kata-kata seorang pemimpin parti itu dalam ucapan penggulungannya di Kongres Nasional Khas PKR semalam bahawa ahli PKR sepatutnya bersikap 'menyerang' terhadap kenyataan ahli politik yang berkeras untuk mempolitikkan agama, sebelum menyertakan beberapa hadith.

Amidi berkata, beliau cuba memahamkan tulisan Minda Presiden PAS dibuat Abdul Hadi itu, namun tiada satu pun kenyataan yang menyamai maksud tajuk tulisan Abdul Hadi terbabit.

Sementara itu, beliau berkata, pihak pimpinan PKR menginginkan keikhlasan dan kesungguhan Abdul Hadi dan beberapa Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) untuk hadir ke sidang Parlimen.

Tegasnya, jika pemimpin itu hanya sibuk beraksi dengan berpidato di merata tempat, tetapi tidak ke sidang Parlimen, tindakan itu adalah bertentangan dengan agama.

“Islam sangat menitikberatkan soal kesucian dan keberkatan pendapatan. Maka apa alasan untuk kita mengambil pendapatan (elaun sebagai wakil rakyat) sedangkan kita tidak melaksanakan tugasan diwajibkan ke atas kita?” soalnya.

Mengulas lanjut, Amidi berkata, sekiranya jawatan diberikan adalah kerana Parlimen tidak sama dengan sekolah, sehingga menyebabkan wakil rakyat tidak perlu hadir setiap hari, beliau menegaskan ia lebih penting berbanding sekolah kerana di situlah berlakunya proses semak dan imbang.

Dalam maksud lain, katanya, Parlimen menjadi tempat berlakunya ‘al-amru bi il-ma’ruf wa nahyu ani il-munkar.

Malah, beliau berkata, daripada situlah asas peraturan dan undang-undang digubal

“Jika kesepaduan antara Islam dan politik yang diperjuangkan Abdul Hadi, maka memang parlimenlah tempatnya.

“Ia bukan sahaja menjadi wajib dari sudut politik, malah sudut dakwah sebagaimana dipamerkan generasi sahabat di Madinah, sehingga meraih gelaran khayra ummah (umat terbaik),” katanya. – Getaran, 20 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

2

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

3

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Semasa 1 hari yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 21 jam yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran