web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GPS Jamin Pertahan Kerajaan Perpaduan Demi Kestabilan Politik

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 9:25AM

Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi jaminan bahawa ia akan mempertahankan Kerajaan Perpaduan kerana pentadbiran itu penting untuk kestabilan politik negara - Gambar Instagram drasyrafwajdi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi jaminan bahawa ia akan mempertahankan Kerajaan Perpaduan kerana pentadbiran itu penting untuk kestabilan politik negara.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu adalah penegasan dan intipati penting dibuat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, ia dinyatakan Abang Johari dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia, malam tadi.

Abang Johari Tun Openg ketika tiba di Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia malam tadi - Gambar oleh Syeda Imran
Abang Johari Tun Openg ketika tiba di Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia malam tadi - Gambar oleh Syeda Imran

Asyraf Wajdi berkata, GPS turut melihat kestabilan itu akan memberi manfaat ekonomi besar kepada rakyat.

Katanya, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS menegaskan, apa yang penting Sarawak perlu diperkuatkan.

“Jika Sarawak kuat, Persekutuan dengan sendirinya akan kuat.

“GPS juga mengucapkan tahniah kepada UMNO yang makin kukuh selepas pemilihan parti yang juga merupakan faktor penting kestabilan kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut memuat naik gambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Abang Johari; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia itu dipengerusikan Anwar.

Turut hadir, Presiden dan Ahli Majlis Pimpinan yang mewakili lima gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan, iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), GPS, Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (WARISAN).

Gabungan itu terdiri daripada 20 parti politik.

Acara selama kira-kira dua jam bermula 8.35 malam itu bertempat di Pejabat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia Tingkat 36 Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini.

Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia malam tadi dipengerusikan Anwar Ibrahim - Gambar oleh Syeda Imran
Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia malam tadi dipengerusikan Anwar Ibrahim - Gambar oleh Syeda Imran

Pada mesyuarat itu, beberapa perkara dibincangkan, antaranya rundingan kerusi dalam kalangan parti di bawah Kerajaan Perpaduan dan dimaklumkan berjalan lancar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan hujung tahun ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, perkara terbabit masih dibincangkan menerusi satu jawatankuasa bersama yang terdiri daripada pemimpin semua parti dalam kerajaan.

“Memang ada kemajuan yang baik tetapi perkara itu masih dibincangkan oleh jawatankuasa yang dianggotai semua wakil parti,” katanya ringkas kepada media selepas mesyuarat terbabit.

Pada masa sama, Anwar berkata, sekretariat itu akan mengumumkan kongres khas untuk Kerajaan Perpaduan yang bakal diadakan ‘tidak lama lagi’.

Namun, beliau tidak menjelaskan butiran lanjut mengenai kongres itu. - Getaran, 20 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar