web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Mengejutkan Isu Melayu, Agama Dimainkan Ketika Anwar Lawan Rasuah - Peguam

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 7:14AM

Kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memerangi rasuah pasti berdepan halangan daripada pihak tertentu yang cuba meniup isu perkauman - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU - Kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memerangi rasuah pasti berdepan halangan daripada pihak tertentu yang cuba meniup isu perkauman.

Peguam kanan, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, isu perkauman khususnya membabitkan orang Melayu dan Islam akan digunakan memandangkan masyarakat itu sinonim dengan kuasa politik di Malaysia.

Justeru, katanya, ahli politik tertentu mungkin cuba membangkitkan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

Jahaberdeen Mohamed Yunoos - Gambar Fail
Jahaberdeen Mohamed Yunoos - Gambar Fail

“Ini kerana tingkah laku dan pemikiran orang Melayu tentang bagaimana mereka harus melihat etnik dan agamanya, akan cuba dimanipulasi untuk memberi manfaat kepada ahli politik tertentu.

“Hari ini kita ada parti berasaskan bangsa (BERSATU) dan parti berasaskan agama (PAS) di Malaysia terlibat dalam pentas politik.

“Ada jangkaan kekacauan politik akan berlaku, semoga dijauhkan.

“Justeru, adalah tidak mengejutkan apabila sekali lagi kita akan melihat isu berkaitan Melayu dan agama dimainkan semula,” katanya kepada The Vibes.

Menurut beliau lagi, ahli politik Melayu tidak seharusnya mendakwa bercakap bagi semua orang Melayu, kerana hakikatnya, mereka hanya mewakili kawasan masing-masing.

Jahaberdeen juga berkata, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, harus dilindungi daripada kepentingan politik.

Jahaberdeen juga berkata, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, harus dilindungi daripada kepentingan politik - Gambar Fail
Jahaberdeen juga berkata, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, harus dilindungi daripada kepentingan politik - Gambar Fail

Kenyataan itu menyusul selepas pengumuman Anwar kelmarin, bahawa pasukan keselamatan diarahkan untuk berwaspada terhadap kemungkinan berlaku pergolakan berpunca daripada pihak tidak bertanggungjawab yang memainkan sentimen perkauman dan agama.

Walaupun beliau tidak menyebut secara spesifik sebarang insiden, komen tersebut dibuat susulan kontroversi filem indie Mentega Terbang, tuduhan terhadap Menteri Belia dan Sukan menyebarkan agama Kristian kepada belia Islam, dan larangan terhadap ahli politik daripada menyampaikan ceramah agama di masjid di beberapa negeri.

Ia juga susulan pertuduhan rasuah yang dihadapi pemimpin pembangkang, termasuk mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan penglibatannya dalam inisiatif Jana Wibawa yang hangat diperkatakan ketika ini. – The Vibes, 19 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 3 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 5 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad