web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tahu Ada Banyak Lagi Kes Rasuah, Cuma Belum Dedahkan Sahaja - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 12:12PM

Anwar bejabat tangan dengan para hadirin di Kongress Nasional Khas PKR hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Lebih ramai pemimpin terbabit rasuah dijangka didakwa tidak lama lagi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap di kongres khas PKR di sini hari ini, beliau yang juga Presiden parti itu berkata, ada banyak maklumat mengenai perbuatan rasuah diterima melibatkan pentadbiran terdahulu.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas tindakan diambil kerajaan bagi menangani segala permasalahan dihadapi rakyat, termasuk inisiatif pendapatan yang dijangka memberi manfaat kepada 130,000 individu miskin tegar.

Anwar berkata, kerajaan juga telah memeterai persetujuan dengan taikun perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang menguasai BERNAS, untuk memberi 30 peratus keuntungan syarikat kepada pesawah.

“Inisiatif ini adalah pilihan kita, tapi apa yang mereka pilih untuk lakukan? RM200 juta masuk ke akaun parti dan saya tidak tahu apa lagi.

“Sebenarnya saya tahu, cuma tak didedahkan sahaja lagi,” katanya.

Kenyataan Perdana Menteri itu dipercayai merujuk kepada perhimpunan Proklamasi Orang Melayu yang telah dibatalkan.

Ia sepatutnya diadakan esok dan diketuai mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ucapan Perdana Menteri itu juga bertepatan dengan beberapa kenyataan dan tindakan pihak pembangkang kebelakangan ini apabila cuba membangkitkan isu perkauman dan sentimen keagamaan yang boleh menggugat keharmonian negara.

Ia susulan pendakwaan rasuah ke atas beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bimbang dengan kemungkinan berlaku kekacauan rentetan semua ini, Anwar semalam mengarahkan pasukan keselamatan seluruh negara sentiasa berwaspada seraya menegaskan, beliau tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan yang bertujuan membangkitkan isu perkauman serta keagamaan.

Dalam ucapannya hari ini, Perdana Menteri sekali lagi menggesa rakyat untuk berwaspada dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memainkan isu keagamaan, perkauman dan patriotisme, hanya untuk meraih sokongan kerana takut didakwa atas jenayah dilakukan.

“Mereka mahu saya jadi Perdana Menteri, kemudian apa? Saya perlu jadi tolol dan biarkan semua ini (rasuah dan penipuan cukai) berlaku dan hanya kutip cukai daripada rakyat?

“Ya saya akan kutip cukai daripada rakyat, tapi saya tak akan benarkan golongan kaya dan taikun lari daripada membayar. Dan kerana ini kita akan siasat.”

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menyelar sikap hipokrit mantan Perdana Menteri tertentu yang mendakwa memperjuangkan hak orang Melayu, sedangkan beliau sendiri terbabit menyeleweng dana awam.

“Ada seseorang sudah berkuasa selama 22 tahun dan kemudian 22 bulan lagi, mendakwa orang Melayu sudah kehilangan segalanya. Mereka hilang kerana anda mengaut segalanya untuk diri sendiri dan anak-anak.

“Sekarang anda bercakap mengenai rakyat. Jangan fikir rakyat bodoh. Mereka perlu bangkit mempertahankan hak,” tegasnya. - The Vibes, 18 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad