web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perwakilan UMNO Pilih Kepimpinan Bahagian, Pusat Hari Ini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 7:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 100,000 perwakilan membabitkan 189 bahagian UMNO seluruh negara akan melaksanakan tanggungjawab memilih kepimpinan peringkat bahagian dan pusat, hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, secara purata setiap bahagian mempunyai perwakilan seramai 500 hingga 700 orang.

Katanya, daripada 191 UMNO bahagian, terdapat dua bahagian iaitu Tanah Merah di Kelantan dan Kota Kinabalu (Sabah) tidak akan mengadakan persidangan perwakilan kali ini.

Ia berikutan UMNO Bahagian Tanah Merah masih digantung sejak 16 Jun 2020, manakala UMNO Bahagian Kota Kinabalu berdepan masalah cawangan di bahagian tersebut.

Menurut portal UMNO Online, mesyuarat bahagian akan berlangsung serentak di seluruh negara pagi ini, sebelum perwakilan melakukan pengundian bagi pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Proses pengundian akan dipantau Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) yang berperanan memastikan perjalanan pemilihan kali ini berjalan lancar serta mengikut peruntukan perlembagaan parti itu.

Pemilihan kali ini agak unik apabila dua jawatan tertinggi UMNO iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Namun fokus kini tertumpu pada jawatan Naib Presiden yang menyaksikan pertembungan lapan penjuru.

Dua daripada calon itu ialah penyandang jawatan berkenaan iaitu Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan mantan Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Tiga lagi calon ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Turut bertanding Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mantan Menteri Besar, Johor Datuk Seri Hasni Mohammad dan Mohd Yusof Musa@Jamaludin yang juga ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri.

Bagi calon Ahli MKT, seramai 95 layak bertanding termasuk Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian; Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pada Sabtu lalu, pemilihan sayap UMNO 2023 menyaksikan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO masing-masing diterajui muka baharu, manakala Wanita UMNO kekal dengan penyandangnya.

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mempertahankan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO bagi penggal 2023-2026 selepas memperoleh 112 undi daripada bahagian.

Jawatan Naib Ketua Wanita UMNO turut dikekalkan penyandangnya iaitu Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Datuk Norliza Abdul Rahim, yang memperoleh 123 undi.

Sementara itu, jawatan Ketua Pemuda UMNO dimenangi Mohamad Akmal Salleh manakala Mohd Hairi Mad Shah mengisi kerusi Naib Ketuanya.

Jawatan Puteri UMNO pula dimenangi bekas Naib Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, dan jawatan Naib Ketua disandang, Siti Sokhleha Nordin.

Nurul Amal menewaskan lima pesaing iaitu Ahli MKT UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar; Exco Puteri UMNO, Dr Masliha Harun; Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin; EXCO Puteri UMNO, Fadwah Anuwar dan Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan.

Kira-kira 188 bahagian Wanita dan Puteri UMNO bersidang pada pemilihan kali ini manakala Pemuda membabitkan 187 bahagian.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pemilihan kali ini berjalan lancar mengikut garis panduan ditetapkan selaras dengan hasrat untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang kuat.

Beliau berkata, pemilihan kali ini penting kerana mereka yang bertanding adalah calon UMNO Malaysia dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. - Getaran, 18 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi