web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan UMNO: Jangan Ambil Mudah, Pilihlah Dengan Bijaksana, Berhati-Hati

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 9:00PM

Mohamed Khaled Nordin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan semua perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan parti itu esok agar memilih calon pemimpin dengan bijaksana dan berhati-hati.

Tegas beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi, pemilihan kali ini bukan sahaja satu tradisi penting tetapi tanggungjawab kritikal yang mempunyai makna dan impak besar.

Menurutnya, ini kerana perwakilan sebenarnya sedang memilih barisan kepemimpinan yang akan mengemudi masa depan dan mengambil alih kepimpinan UMNO.

 “Pilihlah mereka yang benar-benar setia dengan parti. Mereka yang kekal berkhidmat walau pada saat parti dalam keadaan paling terhumban.

 “Mereka yang kekal percaya dengan parti, walau pada saat masa depannya dilihat suram dan kelam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, Mohamed Khaled akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya pada pemilihan kali ini.

 Selain beliau, pemilihan parti kali ini menyaksikan  tujuh lagi pemimpin menawarkan diri merebut tiga jawatan Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid (penyandang), Datuk Seri Hasni Mohamad dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

 Calon lain termasuk Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Mohd Yusof Musa.

 Mengulas lanjut, Mohamed Khaled turut mengingatkan perwakilan agar berfikir sedalam-dalamnya mengenai pilihan calon yang bakal diangkat dan memimpin perjuangan untuk orang Melayu.

 “Janganlah mengambil mudah tanggungjawab ini. Atau beranggapan pilihan kita tidak mempunyai kesan besar, lalu kita boleh memilih secara sambil lewa.

 “Sebaliknya, setiap perwakilan mempunyai ruang dan peluang yang mesti dimanfaatkan dengan pertimbangan terbaik.

“Saya menyerahkan kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk berlaku bijaksana dan berhikmah, InsyaAllah. Selamat memilih dan semoga kejayaan menjadi milik UMNO,” katanya. - Getaran, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Sasar Peranan Lebih Besar Dalam Rantaian Bekalan Pertahanan Global 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Skandal Rasuah ATM: MINDEF Lancar Reformasi Menyeluruh

3

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Tidak Lindungi Rasuah Namun Tolak Tuduhan Tanpa Bukti - Mohamed Khaled

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MINDEF Pertimbang Batal, Buka Semula Tender Jika Gagal Hantar Black Hawk

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi