web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shahrizat Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka, ‘Pasti Ada Hikmah Keputusan Ini’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 1:32PM

Menurut Shahrizat Abdul Jalil, beliau yakin ada hikmah di sebalik keputusan tersebut yang tidak berpihak kepadanya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil reda dengan kekalahannya di tangan penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada pemilihan parti kali ini.

Menurut Shahrizat, beliau yakin ada hikmah di sebalik keputusan tersebut yang tidak berpihak kepadanya.

Malah katanya, beliau berasa bertuah apabila diberikan peluang untuk bertanding semula pada pemilihan kali ini.

“Terima kasih yang istimewa saya ucapkan kepada pencinta Tudung Merah dan semua Ibu Terbaik Bangsa. Wanita UMNO menjadi sumber inspirasi saya sekian lama.

“Saya rasa bertuah diberi peluang untuk meraikan demokrasi dalam UMNO. Saya menikmati rasa seronok setiap minit dengan mereka dan ahli parti lain.

“Walaupun rezeki tak ada, tapi saya pasti ada hikmah dengan keputusan ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Pada masa sama, beliau turut menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka, selain berterima kasih kepada Noraini yang berjaya mempertahankan jawatan tersebut.

“Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di atas kemenangan beliau dan mengekalkan jawatan selaku Ketua Wanita UMNO.

“Saya menerima keputusan ini dengan hati terbuka dengan harapan beliau akan selepas ini membawa Wanita UMNO ke satu tahap lebih cemerlang,” katanya.

Sementara itu, Shahrizat yang juga mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Norliza Rahim yang mengekalkan jawatan selaku Naib Ketua Wanita UMNO serta barisan Exco Wanita UMNO.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong memperoleh 106 undi daripada 189 bahagian yang terbabit dalam pemilihan di seluruh negara itu.

Saingan bagi kerusi Ketua Wanita UMNO pada pemilihan kali ini, menyaksikan kedua-dua pemimpin terbabit saling kejar mengejar dalam jumlah undi yang diterima mereka daripada peringkat bahagian.

Shahrizat, 70, yang bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita UMNO pada 2018, memutuskan kembali ke gelanggang selepas mendakwa mendapat permintaan daripada kalangan pemimpin akar umbi. – Getaran, 13 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad