web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Radzi Jidin Kekal Ahli Parlimen Putrajaya

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 6:08PM

Dr Radzi Jidin daripada BERSATU mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Putrajaya selepas mahkamah membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan terhadapnya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Dr Radzi Jidin daripada BERSATU mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Putrajaya selepas mahkamah membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan terhadapnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Faizah Jamaludin membenarkan permohonan bantahan awal yang dikemukakan Naib Presiden BERSATU itu untuk membatalkan petisyen yang difailkan Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim.

Hakim memutuskan pempetisyen (Ahmad Faisal) gagal untuk membuktikan amalan rasuah dilakukan sama ada oleh responden (Radzi) atau ejennya.

“Kekurangan fakta dan butiran tertentu mengenai dakwaan rasuah kepada pengundi akan menjadikannya mustahil untuk membuktikan kesnya di luar keraguan munasabah jika perbicaraan diadakan. Saya dapati petisyen itu tidak mematuhi peraturan 4(1)(b) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya dan oleh itu ia cacat,” kata hakim menerusi prosiding dalam talian hari ini.

Beliau seterusnya berkata sebagai hakim pilihan raya beliau dikekang oleh kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.

“Kegagalan pempetisyen mematuhi rayuan dan prosedur telah menyebabkan kecacatan bidang kuasa yang menghalang saya daripada mendengar petisyen. Oleh itu petisyen ini dibatalkan,” katanya.

Oleh itu, mahkamah turut memerintahkan Ahmad Faisal membayar kos RM20,000 kepada Radzi.

Peguam Hafarizam Harun, Norhazira Abu Hayan dan Amin Othman mewakili Ahmad Faisal manakala Radzi diwakili Yusfarizal Yussoff.

Dalam petisyen yang difailkan pada 26 Januari lepas, Ahmad Faisal memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Radzi tidak sepatutnya diisytiharkan sebagai pemenang kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum ke-15 pada 19 November tahun lepas kerana mendakwa ada bayaran RM150 diberikan kepada pengundi supaya mengundi beliau.

Rasuah itu didedahkan menerusi kumpulan WhatsApp pada 21 November dan 21 Dissember tahun lepas serta 4 Januari tahun ini. 

Radzi memenangi kerusi Putrajaya dengan memperoleh 16,002 undi, menewaskan penyandang empat penggal Tengku Adnan Tengku Mansor daripada Barisan Nasional, yang memperoleh 13,692 undi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan