web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembangkang Ada Hak Tumbangkan Kerajaan - Abdul Hadi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 7:00PM

Abdul Hadi Awang - Gambar ihsan Japen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan hak demokrasi pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan dengan mendakwa titah Yang di-Pertuan Agong untuk Kerajaan Perpaduan dibentuk, bukan penghalang kepada usaha berkenaan.

Ketika diasak pemberita di bangunan Parlimen hari ini, sama ada Perikatan Nasional (PN) sedang merangka strategi untuk merampas kuasa pentadbiran kerajaan, Abdul Hadi menegaskan langkah sedemikian adalah ‘normal’ dalam kalangan blok pembangkang di negara demokrasi.

“Kita (PN) cuba (menumbangkan kerajaan) bukan sahaja melalui pilihan raya umum, malah menerusi Parlimen.

“Kami mempunyai hak untuk membuat rancangan sedemikian. Tiada siapa boleh menghalang kami daripada merancang (rampasan kuasa),” katanya.

Mengulas dakwaan bahawa rampasan kuasa itu bercanggah dengan titah Agong supaya Kerajaan Perpaduan dibentuk, Abdul Hadi berkata, ia bukan ‘perkara muktamad’ untuk menghalang perubahan demokrasi di negara ini.

“Raja berperlembagaan kita masih terikat dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjunjung demokrasi,” katanya.

Bagi mempertahankan kenyataannya yang meramalkan kejatuhan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan ‘tidak mustahil’ kerajaan akan tumbang kerana terdapat ‘tanda tidak puas hati’ dalam kalangan pelbagai komposisi Kerajaan Perpaduan.

Katanya, beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mengumumkan peletakan jawatan mereka untuk kekal dalam blok pembangkang, boleh ‘mengubah kedudukannya’ kerana keadaan ‘dinamik’ politik.

Minggu lalu, Abdul Hadi memberitahu Dewan Rakyat bahawa pembangkang tidak harus dipersalahkan, jika kerajaan tumbang sekali lagi dengan cara sama seperti perpecahan dialami Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2020.

Sebaliknya, beliau berkata, ia berpunca daripada kekurangan dan kelemahan kerajaan sendiri.

Hari ini, veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mendakwa PAS sudah memulakan langkah untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dan menggantikannya dengan pentadbiran disokongnya.

Semalam, The Vibes melaporkan bahawa kumpulan IS menubuhkan platform media di Malaysia untuk menyokong secara langsung ‘parti politik dan organisasi radikal’

Bahagian Anti-Keganasan Siber Nordic Counter-Terrorism Network (NCTN) mendedahkan kewujudan Pusat Media Al Malaka itu yang agendanya antara lain menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Anwar. – The Vibes, 6 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan