web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAS Sudah Mula Langkah Jatuhkan Kerajaan Perpaduan, Tunggu Dan Lihat - Shahrir

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 5:08PM

Ini adalah kali kedua PAS cuba memulakan langkah sedemikian selepas kejayaan Langkah Sheraton pada Februari 2020. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – PAS didakwa sudah memulakan langkah untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan berdasarkan beberapa isyarat diberikan parti itu awal bulan ini.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, ini adalah kali kedua PAS cuba memulakan langkah sedemikian selepas kejayaan Langkah Sheraton pada Februari 2020.

Katanya, semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih pada Mac 2019, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Ia perjumpaan antara mereka berdua buat kali yang kedua. Kali pertama, Hadi datang bersama pemimpin PAS yang rapat dengan beliau,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Shahrir mengulas laporan berita 1 Mac lalu yang memetik Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi sebagai berkata, beliau menjangkakan keruntuhan kerajaan semasa pimpinan Anwar dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Abdul Hadi tidak memberikan butiran lanjut bagaimana kejatuhan Kerajaan Perpaduan itu akan berlaku.

Dakwa Shahrir yang juga mantan Ahli Parlimen Johor Baru itu lagi, Hadi selepas pertemuan tersebut mengeluarkan kenyataan menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga hujung penggal Parlimen ke-14.

“Kemudian, enam Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), tanpa pengetahuan UMNO, juga mengistiharkan sokongan sama kepada Dr Mahathir.

“Kenyataan mereka ini dibuat sebelum PRK Parlimen Tg Piai,” katanya.

Shahrir berkata, kedua-dua pengistiharan sokongan itu adalah isyarat pelaksanaan 'Langkah Sheraton' yang mana PAS dan sekelompok Ahli Parlimen UMNO-BN menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Ini menyebabkan jatuhnya PH, naiklah kerajaan Perikatan Nasional (PN). Pencetusnya ialah PAS. Sekarang, sekali lagi PAS memulakan langkah untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan dan menaikkan kembali sebuah kerajaan tajaan PAS.

“Sekali dah berjaya. Kali kedua, cuba lagi. Hadi sudah beri amaran awal Mac 2023. Tunggu dan lihat,” katanya.

Semalam The Vibes melaporkan kumpulan IS melancarkan platform media di Malaysia, sekali gus menunjukkan kehadirannya di negara ini.

Dikenali sebagai Pusat Media Al Malaka, kumpulan yang mempunyai hubungan dengan rangkaian media IS di Indonesia dan Filipina difahamkan menyokong secara langsung ‘parti politik dan organisasi radikal’.

Bahagian Memerangi Keganasan Siber Nordic Counter-Terrorism Network (NCTN) mendedahkan bahawa kumpulan itu berkongsi pautan mengenai struktur sokongan mereka di negara ini, malah menggunakan ideologi radikal untuk menggugat kestabilan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Getaran, 6 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad