web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan UMNO: 8 Calon Sah Rebut Jawatan Naib Presiden

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 7:38AM

Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 menyaksikan lapan calon sah merebut jawatan Naib Presiden parti itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 menyaksikan lapan calon sah merebut jawatan Naib Presiden parti itu. 

Dua daripada calon itu ialah penyandang jawatan berkenaan iaitu Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Tiga lagi calon ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Turut bertanding Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad dan Mohd Yusof Musa@Jamaludin yang merupakan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri.

Johari Abdul Ghani - Gambar Fail
Johari Abdul Ghani - Gambar Fail

Nama calon yang bertanding bagi jawatan itu diumumkan dalam majlis di sebuah hotel di sini malam tadi, yang turut dihadiri oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bagi calon Ahli Majlis Tertinggi (MT), seramai 95 orang layak bertanding termasuk Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Jawatan Ketua Pergerakan Wanita pula menyaksikan persaingan satu lawan satu antara penyandangnya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan veteran UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagi jawatan Naib Ketua, Datuk Rosni Zahari yang merupakan Pengarah Komunikasi Wanita Barisan Nasional (BN) akan dicabar oleh Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang Datuk Norliza Abdul Rahim.

Shahrizat Abdul Jalil - Gambar Fail
Shahrizat Abdul Jalil - Gambar Fail

Jawatan Ketua Pemuda UMNO pula menyaksikan perebutan antara empat calon iaitu Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah dan calon Meor Hassan Mat Ali. 

Perebutan jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO juga menyaksikan empat calon bertanding termasuk anak bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib dan Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah.

Perebutan bagi jawatan Ketua Puteri UMNO pula melibatkan enam calon termasuk Naib Ketua Puteri Nurul Amal Mohd Fauzi, Ahli MT Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Setiausaha Puteri UMNO Nurul Hazwani Mohd Fauzi manakala Naib Ketua Puteri menyaksikan tiga calon.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berharap pemilihan kali ini berjalan lancar mengikut garis panduan ditetapkan selaras dengan hasrat untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang kuat.

Beliau berkata pemilihan kali ini penting kerana mereka yang bertanding adalah calon UMNO Malaysia dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan