Berita Terkini

8 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 9 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 9 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 9 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 9 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Miliki Sokongan Kuat Wakil Rakyat: Adakah Hajiji Berada Pada Kedudukan Paling Kukuh?

Politik Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 10:08AM

Hajiji Noor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pelancaran rasmi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) hari ini, bukan sahaja membentuk barisan politik mantan pemimpin Bersatu Sabah, malah mengesahkan sokongan lain terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dipimpin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Gagasan Rakyat dengan kira-kira 100,000 ahli di seluruh negeri dan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada masa ini, dilihat mampu bergerak kukuh apabila lebih ramai ahli parlimen negeri melompat daripada parti mereka ketika ini.

Pelancaran parti itu hari ini akan menunjukkan Hajiji berada pada kedudukan paling kuat, sejak beliau dan ahli parlimen negeri daripada BERSATU yang lain, meletak jawatan daripada Perikatan Nasional (PN) pada Disember tahun lalu.

Penganalisis politik, Lee Kuok Tiung berkata, beliau percaya Gagasan Rakyat mempunyai apa diperlukan untuk menjadi parti tempatan berbilang kaum terkuat di Sabah, sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya negeri akan datang.

“Kita masih perlu melihat keupayaan parti apabila pilihan raya negeri diadakan,” kata Lee kepada The Vibes.

Bagaimana nasib parti Hajiji untuk meraih undi nanti adalah isu berbeza, memandangkan kekuatan beliau dan kerajaan Sabah ketika ini adalah hasil daripada gerakan politik itu.

Malah, Anwar memuji Hajiji kerana kemahiran ‘silat’ beliau dalam memulihkan kestabilan di Sabah, selepas dua tahun kerajaannya bergolak sejak pilihan raya negeri (PRN) pada 2020.

“Hajiji dengan ketenangannya…strategi politik dan silatnya sangat bagus. Dalam masa singkat, beliau dapat menstabilkan kerajaan negeri,” kata Anwar semasa lawatan rasminya ke Sabah dua hari lalu.

Gagasan Rakyat yang dulunya dikenali Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah atau ringkasnya BERSAMA ketika ia didaftarkan pada Ogos 2013 dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS), hanya mula aktif pada 2016.

Pada tahun 2020, parti sudah dikenali sebagai Gagasan Rakyat itu adalah satu daripada beberapa parti yang cuba membentuk gabungan dengan nama Gagasan.

Ia sepatutnya diketuai mantan ahli politik UMNO yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Bagaimanapun, Anifah sebaliknya menubuhkan Parti Cinta Sabah untuk bersaing ketika PRN yang mengejut pada 26 September 2020.

Anwar sendiri memuji Hajiji kerana kemahiran ‘silat’ beliau dalam memulihkan kestabilan di Sabah, selepas dua tahun kerajaannya bergolak sejak pilihan raya negeri (PRN) pada 2020. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Anwar sendiri memuji Hajiji kerana kemahiran ‘silat’ beliau dalam memulihkan kestabilan di Sabah, selepas dua tahun kerajaannya bergolak sejak pilihan raya negeri (PRN) pada 2020. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kekuatan yang tidak dapat dihalang?

Walaupun rancangan gabungan itu gagal, ia tidak menghalang Gagasan Rakyat membuat kemunculan sulung pada PRN Sabah 2020 dan bertanding di 39 kerusi, tetapi tewas di kesemuanya

Apabila nasib PN berubah selepas ia tidak memenangi kerusi parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada November lalu, Gagasan Rakyat adalah wadah tersedia untuk Hajiji dan mantan pemimpin BERSATU mengambil alih.

Beliau mengumumkan kepimpinan parti terbabit pada 29 Januari lalu dan ketika itu, krisis politik sudah bermula selepas UMNO-Barisan Nasional (BN) menarik balik kerjasama dengan gabungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di negeri berkenaan.

UMNO menyalahkan Hajiji dan beberapa pemimpin lain kerana meninggalkan BERSATU yang mencetuskan krisis, dengan mendakwa tindakan itu menyebabkannya kehilangan locus standi untuk menjadi ketua menteri.

Namun, rancangan UMNO untuk mengambil alih kerajaan negeri tidak kesampaian apabila lima ADUN Sabah menentang kepimpinan UMNO negeri, malah memilih untuk terus menyokong Hajiji dan GRS.

Gagasan Rakyat menyaksikan Hajiji sebagai Presidennya, manakala Datuk Seri Masidi Manjun (Timbalan Presiden) serta Datuk Ariffin Mohd Arif, Datuk Rubin Balang and Datuk Masiung Banah (Naib Presiden).

Mantan Presiden parti, Stephen Jimbangan adalah Timbalan Setiausaha Gagasan Rakyat.

Seramai 14 ADUN parti itu adalah Hajiji yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Masidi (Karanana), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Fairuz Renddan (Kintasan), Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (Kawang), Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut) dan Datuk Rubin Balang (Kemabong).

ADUN lain itu adalah Samad Jambri (Labuk), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Datuk Hassan A. Gani Amir (Sebatik), Datuk Ruddy Awah (Pitas), Abdul Ghani Mohamed Yassin (Nabawan), Datuk Amisah Yassin (dicalonkan) dan Datuk Jaafari Walliam (calon).

Kumpulan itu turut mempunyai empat Ahli Parlimen, iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Matbali Musah (Sipitang) dan Datuk Jonathan Yasin (Ranau).

Ahli parlimen itu, bagaimanapun menyertainya secara langsung dengan GRS, memandangkan mereka tidak boleh bertukar parti kerana terikat dengan undang-undang anti-lompat parti dikuatkuasakan Persekutuan.

Masidi Manjun - Gambar Bernama
Masidi Manjun - Gambar Bernama

Bilangan ADUN yang menyertai parti itu dijangka meningkat.

Lapan lagi mantan pemimpin UMNO Sabah dan Parti Warisan (WARISAN) sudah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai Gagasan Rakyat.

Mereka adalah Datuk Yusof Yacob (Sindumin), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Jasni Daya (Pantai Dalit) dan Mohd Arsad Bistari (Tampasuk).

Wakil WARISAN adalah Mohammad Mohamarin (Banggi), Ben Chong (Tg Kapor), Norazlinah Arif (Kunak) dan Datuk Ahmad Awang Sah Awang Sahari (Petagas).

Yusof ketika dihubungi mengecualikan Datuk Hamidd @ Hamid Awang (Balung), tanpa menjelaskan sebabnya, sambil menambah buat masa ini, mereka sedang menunggu kelulusan keahlian mereka.

“Lapan daripada kami mengisytiharkan menyertai Gagasan Rakyat dengan harapan dapat mengukuhkan kerajaan. Kini terpulang kepada parti untuk melakukan proses sewajarnya (menerima kami sebagai ahli).

“Jadi kami akan tunggu presiden (Hajiji) umumkan esok,” kata Yusof.

Yusof juga menyatakan bahawa Datuk Shahelmey Yahya dari UMNO yang kini Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerja Raya, belum memutuskan sama ada untuk menjadi sebahagian daripada langkah itu.

Apapun keputusan akhir, ia akan membabitkan ahli parlimen negeri dari parti lain dalam gabungan GRS, lebih daripada Hajiji miliki sekarang dan membuatkannya selesa untuk memenangi sokongan lebih daripada dua pertiga ADUN Sabah, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai Ketua Menteri - The Vibes, 2 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Anwar Puji Sikap Hun Sen Yang Hormati Kaum Muslim

2

Semasa 12 jam yang lalu

Tidak Timbul Soal PM Tidak Dialu-Alukan Di Arab Saudi - Penganalisis

3

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia, Kemboja Tingkatkan Kerjasama Dalam Pelbagai Sektor

4

Semasa 17 jam yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi Erat Hubungan Antarabangsa, Perdagangan Dan Aktiviti Islam

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Doktor Masih Rendah, JPA Kenapa Hentikan Tajaan?

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

APMM Kelantan Tahan 4 Bot, 31 Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara

Semasa 9 jam yang lalu

Haram Peniaga Jual Makanan Hangit, Basi - Mufti

oleh Susan Albert

Semasa 23 jam yang lalu

Individu Tak Mampu Beri Sumbangan Kepada Organisasi Tidak Akan Dilantik - Ahmad Zahid