web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hanya Ada Satu Kem Dalam UMNO - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 6:30PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak wujud sebarang kem dalam UMNO pada pemilihan parti kali ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak wujud sebarang kem dalam UMNO pada pemilihan parti kali ini, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata hanya ada satu kem dalam parti berkenaan, iaitu kem UMNO Malaysia.

“Tidak ada kem. Satu kem saja, kem UMNO Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Mara Halal Industrial Park di sini hari ini.

Ahmad Zahid ditanya mengenai dakwaan kewujudan tiga kem dalam UMNO pada pemilihan kali ini iaitu kem yang menyokong beliau, kem yang tidak menyokong dan kem yang berpendirian neutral.

Ditanya mengenai apa yang beliau sifatkan mengenai dakwaan itu, beliau menjawab beliau tidak menyifatkan apa-apa.

“Tidak ada sifatkan apa-apa. Kem (dalam UMNO) memang tidak ada. Tidak wujud pun,” katanya. 

Ditanya mengenai sama ada beliau menyokong Datuk Seri Dr Noraini Ahmad untuk jawatan Ketua Wanita UMNO, beliau berkata Noraini dan pencabarnya Tan Sri Shahrizat Abduk Jalil diberi peluang yang sama.

“Saya pergi ke rumah kedua-duanya, rumah Shahrizat dan Noraini. Ini memperlihatkan saya adil dan memberi peluang kepada kedua-duanya,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau akan mengetuai rombongan memperkenalkan calon-calon yang bertanding pelbagai jawatan dalam parti di peringkat nasional, pada hujung minggu ini.

Beliau berkata seramai 330 calon disahkan bertanding pada pemilihan UMNO kali ini, terdiri daripada lapan calon bagi jawatan Naib Presiden, 93 (Majlis Tertinggi), dua (Ketua Wanita) dan enam (Ketua Puteri), manakala sebanyak 61 calon bertanding bagi jawatan exco Wanita, 113 (exco Pemuda) dan 42 (exco Puteri). 

Pemilihan UMNO diadakan bermula 1 Feb hingga 18 Mac ini, dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan pada 1 hingga 26 Feb.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat pula, bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad