web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Tuntut Muhyiddin, Azmin Mohon Maaf

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 8:45PM

Muhyiddin Yassin (kiri) dan Azmin Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menarik semula tuduhan dilemparkan terhadap Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa mendalangi pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah melulu dan besar, jurucakap Unit Komunikasi BN dalam satu kenyataan berkata, satu surat tuntutan telah dihantar oleh pihak peguam kepada Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU dan Azmin selaku Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, surat tuntutan tersebut adalah sebagai tindak balas terhadap tuduhan yang tidak berasas dikeluarkan kedua-dua individu berkenaan.

“Fitnah liar ini tidak boleh dibiarkan berlarutan untuk dijadikan bahan menipu dan meloloskan diri daripada dakwaan terhadap kesalahan serta jenayah yang telah dilakukan.

“Dalam surat tuntutan tersebut, kedua-dua penama mestilah menarik balik kenyataan mereka, memohon maaf secara terbuka dan membayar balik pampasan ganti rugi di atas kenyataan serta fitnah yang dilakukan,” katanya.

Mengulas mengenai tuduhan yang dilemparkan kedua seteru mereka itu, jurucakap Komunikasi BN berkata, tuduhan tersebut merupakan suatu tindakan yang disengajakan untuk menutup kerosakan dalam PN.

Katanya lagi, tuduhan berkenaan disokong Mohamed Azmin yang mendakwa pendakwaan rasuah terhadap ahli PN dan BERSATU adalah tindakan dirancang.

“Melalui siri tuduhan ini, jelas kelihatan bahawa kedua-dua individu utama dalam parti PN ini mencipta pelbagai alasan untuk menyembunyikan masalah korup dan rasuah yang ada dalam PN.

“Tindakan menuding jari dilihat seperti langkah biasa digunakan untuk menutup kelemahan dan seterusnya menjadikan diri mereka sebagai mangsa pendakwaan politik, sedangkan rakyat kini melihat yang dituduh adalah dari kepimpinan parti mereka sendiri,” katanya.

Bagi mempertahankan Pengerusinya, jurucakap itu berkata, Ahmad Zahid tidak pernah sesekali menyalahgunakan jawatan dan kedudukan untuk mendakwa barisan pemimpin PN.

“Fokus Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid) adalah untuk menguruskan hal ehwal negara, khususnya meningkatkan kesejahteraan serta ekonomi hidup masyarakat desa,” katanya.

Minggu lalu, Muhyiddin mendakwa kes kluster mahkamah melibatkan pemimpin parti itu didalangi oleh Ahmad Zahid susulan pendakwaan dibuat terhadap mantan Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful.

Wan Saiful kini menghadapi  dua pertuduhan menerima rasuah RM6.9 juta bagi projek berhubung inisiatif Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). – Getaran, 27 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad