web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan UMNO: Dakwaan Wujud Kem Cuma Andaian - Wan Rosdy

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 12:29PM

Wan Rosdy Wan Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Dakwaan wujud kem dalam kalangan calon yang menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti bulan depan cuma andaian, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau yang juga antara tujuh calon bagi merebut jawatan Naib Presiden berkata dakwaan wujud kem propresiden, antipresiden dan bebas dalam pencalonan bagi pertandingan kali ini juga cuma ‘pandangan dua atau tiga tokoh’.

“Saya sendiri tak tahu (wujud kem berbeza) ... saya ingat ini (pertandingan Naib Presiden) terbuka kepada semua dan kita semua menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti jika diberikan peluang dan kepercayaan.

“Saya harap saingan dan pertandingan juga berjalan secara sihat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Anugerah Kecemerlangan sempena Ulang Tahun Kedua Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Johari Harun serta Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin.

Selain Wan Rosdy, turut menawarkan diri bertanding bagi jawatan itu ialah dua penyandang Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Turut menawarkan diri ialah Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Seri Hasni Mohamad, Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dan  Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis berkenaan, Wan Rosdy berharap kejayaan MBK memperoleh 30 anugerah di pelbagai peringkat dalam tempoh dua tahun ‘bergelar’ bandar raya menjadi pendorong kepada MBK, majlis perbandaran dan majlis daerah di Pahang untuk meningkatkan sistem penyampaian awam dengan lebih efektif, kolektif dan berdaya saing.

“Kita tidak boleh mudah berpuas hati atau terus dalam keadaan status quo. Sebaliknya harus menggandakan usaha, mencari idea baharu yang lebih kreatif dan inovatif, berfikiran luar kotak serta mempunyai semangat berpasukan yang tinggi untuk terus berjaya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

2

Politik 2 tahun yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

3

Politik 2 tahun yang lalu

Kekal Kemenangan Pada PRU Akan Datang, Agenda Dapat Terus Dilaksana - Nurul Izzah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pahang Bina Pusat Pemindahan Tetap Di 5 Daerah, Kos Hampir RM31 Juta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad