Berita Terkini

3 jam yang lalu: Dana jaminan pembiayaan SJKP ditingkatkan daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion - PM 3 jam yang lalu: Kerajaan setuju lanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam SSPN sehingga 2024 - PM 3 jam yang lalu: Kebakaran: Kematian wanita OKU kerana lemas terhidu asap - polis 3 jam yang lalu: Kerajaan setuju beri sagu hati RM300 kepada 200,000 anggota Rela, sukarelawan APM, sukarelawan polis dan sukarelawan bomba - PM 3 jam yang lalu: 995,396 kuota pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac

IKUTI KAMI


Dakwa Kerajaan Berfikiran Kayangan, Wan Saiful Bahas Isu KWSP Hari Ini

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 9:49AM

Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kerajaan yang memiliki pemikiran di peringkat ‘kayangan’.

Beliau berkata, ia memandangkan kerajaan tidak memenuhi tuntutan rakyat berhubung pengeluaran dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Belanjawan 2023 yang diumumkan Anwar, Jumaat lalu.

Malah, Wan Saiful menegaskan, beliau menerima terlalu banyak komen daripada orang ramai berkaitan perincian bajet itu.

“Saya dapat banyak sungguh komen berkaitan dengan Belanjawan 2023 yang dibentangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Antara komen paling banyak ialah mengenai bagaimana pengeluaran KWSP secara bersasar masih tidak dibenarkan,” katanya menerusi rakaman video dimuat naik di Facebook.

Wan Saiful berkata, kandungan pengumuman itu juga tidak memenuhi permintaan sebenar rakyat.

“Yang orang tak minta dibagi, yang orang minta tidak dibagi, ini bagi saya melambangkan bahawa kerajaan kita hari ini kerajaan yang berfikir di peringkat kayangan ‘detach’ (diketepikan) daripada tuntutan rakyat,” katanya.

Justeru, mantan Ketua Penerangan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) itu memaklumkan, beliau akan membahaskan isu dibangkitkan ramai berkaitan Belanjawan 2023, termasuk pengeluaran bersasar KWSP di Dewan Rakyat hari ini.

“Pada Isnin, saya akan membahaskan belanjawan ini dan saya akan cuba bawa lagi sekali rayuan serta rintihan rakyat berkenaan dengan KWSP bersasar,” katanya.

Dalam Belanjawan 2023, Anwar tidak mengumumkan pengeluaran dana KWSP bersasar seperti diharapkan segelintir rakyat dan diperjuangkan beberapa pihak, sebagai membantu golongan memerlukan menampung kelangsungan kehidupan akibat masalah kewangan dialami mereka.

Sebaliknya, Perdana Menteri mengumumkan, kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 KWSP bagi pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun berkenaan.

Pengumuman itu mencetuskan persoalan adalah kerajaan masih tidak memahami kesusahan teruk didepani rakyat, khususnya B40 ekoran masalah ekonomi ketika ini.

Ia sekali gus menyebabkan rakyat melahirkan kekecewaan, termasuk di media sosial, malah NGO dan pemimpin politik terus menggesa supaya kerajaan mempertimbangkan semula tuntutan untuk pengeluaran KWSP itu.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika menjawab pertanyaan media pada 9 Februari lalu adakah beliau akan mempertimbangkan pengeluaran KWSP dalam Belanjawan 2023 berkata, kerajaan sedang mengkaji alternatif membantu rakyat yang menghadapi masalah kewangan berikutan peningkatan kos sara hidup tanpa perlu mereka mengeluarkan simpanan itu.

Katanya, kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian lain yang tidak akan membebankan pekerja apabila mereka bersara nanti. - Getaran, 26 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Mansuh Pelepasan Cukai SSPN, Musnah Galakan Menabung, Ramai Terbeban Hutang Pendidikan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerajaan Sedang Muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Cagaran Wang Caruman KWSP Untuk Buat Pinjaman Bank Tidak Bercanggah Akta KWSP - PM

Sorotan

1

Henti Pelepasan Cukai Pencarum SSPN Kurang Tepat, ‘Saya Beri 3 Sebab’ - Syed Saddiq

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Haram Peniaga Jual Makanan Hangit, Basi - Mufti

oleh Susan Albert

Politik 1 hari yang lalu

Melaka Mungkin Bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Rais Kekal Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Puas Hati Lawatan Sehari Ke Kemboja, Bincang Pelbagai Isu