web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan UMNO Bukan Lonjak Kegemilangan Individu - Khaled Nordin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 9:37PM

Mohamed Khaled Nordin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pemilihan UMNO 2023 adalah bagi mewujudkan sebuah pasukan yang mampu memulihkan parti dan bukan untuk melonjak dan membawa kegemilangan terhadap seseorang individu, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau yang akan mempertahankan jawatannya itu, berkata pemilihan yang akan berlangsung bulan depan, merupakan proses untuk melahirkan kepimpinan mantap dan membantu parti menangani pelbagai cabaran pada masa akan datang.

“UMNO memerlukan satu pasukan yang mampu memulih dan merawat parti. Kita sedar kedudukan UMNO yang tidak lagi seperti dahulu, maka tentulah kita perlu meletakkan asas-asas yang betul dalam soal untuk memulihkan UMNO.

“Kita perlu pasukan yang boleh sama-sama lakukan pemulihan kerana ia satu proses dalam keluarga, jadi yang menang adalah UMNO dan bukan individu,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu pada sidang media selepas merasmikan Biasiswa Perpaduan My Binary, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya keyakinannya mempertahankan jawatan itu memandangkan ramai menawarkan diri bertanding kedudukan tersebut, termasuk bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Hasni Mohammad.

Sementara itu, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, berkata selain jawatan Naib Presiden, beliau juga akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Februari lepas hingga 18 Mac ini, dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pemuda serta Puteri Cawangan ialah dari 1 hingga 26 Februari ini.

Selain itu, Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pemuda dan Exco Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Sasar Peranan Lebih Besar Dalam Rantaian Bekalan Pertahanan Global 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Skandal Rasuah ATM: MINDEF Lancar Reformasi Menyeluruh

3

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Tidak Lindungi Rasuah Namun Tolak Tuduhan Tanpa Bukti - Mohamed Khaled

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MINDEF Pertimbang Batal, Buka Semula Tender Jika Gagal Hantar Black Hawk

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi