web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hasni, Wan Rosdy Sertai Pertandingan 'Rebut' Jawatan Naib Presiden UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 9:00AM

Hasni Mohammad (kiri) dan Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan mereka juga bakal bertanding. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persaingan bagi merebut jawatan Naib Presiden UMNO semakin 'panas' apabila Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad mengesahkan mereka juga bakal bertanding.

Hasni dan Wan Rosdy mengesahkan telah menyerahkan borang pencalonan mereka di ibu pejabat parti semalam menerusi hantaran di laman Facebook masing-masing.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula merupakan antara muka baharu yang mengumumkan bakal berentap merebut jawatan itu pada Pemilihan UMNO 2023 setakat ini.

Jawatan Naib Presiden UMNO disandang bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Khaled dan Mahdzir telah mengumumkan akan mempertahan jawatan itu manakala Ismail Sabri belum menyatakan pendirian beliau berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad turut mengesahkan akan mempertahan jawatan yang disandangnya dan telah mengemukakan borang pencalonan.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu dijangka bertembung bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang telah menyerahkan borang pencalonan untuk kembali menerajui sayap itu pada 17 Feb lepas.

“Iltizam saya masih sama, ingin meneruskan agenda yang telah kita gerakkan bersama selama ini dalam memperkasakan UMNO dan Wanita khususnya.

“Saya ingin menawarkan diri untuk terus berkhidmat kepada parti, rakyat dan negara. Pengalaman mengemudi Wanita dalam keadaan parti kalah dan kewibawaan parti kita dipersoal membulatkan tekad saya untuk terus memimpin Wanita selari dengan kepimpinan parti,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook.

Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu akan diadakan pada 11 Mac manakala bagi Jawatankuasa UMNO Bahagian, Jawatan Naib Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi pula pada 18 Mac. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pahang Bina Pusat Pemindahan Tetap Di 5 Daerah, Kos Hampir RM31 Juta

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Pelangai: BN Tidak Ambil Mudah, Serah 6 Nama Calon

4

Politik 3 tahun yang lalu

Pemilihan UMNO: Dakwaan Wujud Kem Cuma Andaian - Wan Rosdy

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek