web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Pembahagian Kerusi Mula Dibincangkan Dalam Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 6:22PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata persediaan enam negeri ke arah PRN, juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri dengan parti di bawah Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, telah mula dibincangkan namun belum dimuktamadkan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Kemajuan Orang Asli di sini hari ini,  Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata persediaan enam negeri ke arah PRN, juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

“Dan kita akan menjalin kerjasama antara parti politik sedia ada, namun calon BN akan kekal menggunakan lambang BN dalam PRN enam negeri ini,” katanya mengulas laporan media mengenai enam negeri itu yang bersepakat untuk menimbangkan pembubaran DUN masing-masing, dalam dua minggu terakhir pada Jun nanti bagi memberi laluan kepada PRN.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan di Facebook miliknya semalam memaklumkan kesepakatan itu dicapai ketika sesi minum petang di Kuala Lumpur, sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 yang bersidang selama dua hari bermula semalam.

Amirudin berkata persefahaman itu akan dimaklum serta dibincangkan di peringkat parti masing-masing, sebelum dipersembah bagi tujuan perkenan Sultan, Yang di-Pertuan Besar serta Tuan Yang Terutama masing-masing.

Dalam hantaran yang sama, Amirudin turut berkongsi foto beliau bersama dengan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Sementara itu, Muhammad Sanusi yang turut memuat naik foto pertemuan menteri besar dan ketua menteri enam negeri itu dalam hantaran Facebooknya berkata, beliau berpendapat tarikh paling sesuai bagi pembubaran DUN ialah pada minggu ketiga atau keempat bulan Jun 2023.

Chow pula dalam catatan Facebook berkata: “Bagi tarikh Pilihan Raya Negeri, ia adalah tanggungjawab perlembagaan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membuat keputusan.” - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

3

Politik 2 tahun yang lalu

Jangan Politikkan Isu Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan - TPM Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan