web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tak Tergamak Nak Buat Rayuan - Hishammuddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 9:00AM

Hishammuddin Hussein - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menegaskan beliau tidak akan merayu penggantungan keahliannya dalam parti.

Ahli Parlimen Sembrong itu memaklumkan empat sebab mengapa beliau memutuskan berbuat demikian walaupun terdapat cadangan daripada UMNO Johor memintanya membuat rayuan.

“Saya tak akan merayu. Apa sebabnya? Kerana saya tak tahu sebabnya saya digantung, betul tak? Sampai hari ini kita tidak tahu apa sebabnya saya digantung. Jadi nak rayu apa?

“Kedua, digantung tak ikut proses, tak ikut prosedur. Saya tak diminta untuk jawab kepada Lembaga Disiplin.

“Tak ada surat dikeluarkan Lembaga Disiplin untuk sekurang-kurangnya panggil saya jawab secara bertulis, tak ada!” katanya menerusi video di TikTok.

Menurut beliau, sebab ketiga rayuan tidak dibuat kerana merasakan dirinya seolah-olah dianggap sudah bersalah.

“Buat apa kita nak membuat rayuan kepada orang yang sudah membuat keputusan untuk menggantung. Pada orang yang gantung kita, kita nak rayu kepada dia?

“Kalau kita rayu macam kita ini bersalah. Betul tak? Saya minta restu dan izin daripada keluarga Sembrong, kita kata, kalau saya nak rayu, saya tak tergamak nak buat rayuan,” katanya.

Difahamkan, kenyataan tersebut dibuat semasa beliau menghadiri Majlis Ramah Mesra Ahli Parlimen Sembrong bersama kepemimpinan Barisan Nasional (BN) Sembrong pada Sabtu lalu.

Pada 27 Januari lalu, Hishammuddin yang juga Bendahari BN digantung keahliannya kerana  didakwa menjadi dalang yang menggerakkan Ahli Parlimen gabungan itu menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa tindakan Hishammuddin yang juga mantan Naib Presiden UMNO sering membelakangkan parti, termasuk bertindak menyokong Perikatan Nasional (PN) dan isu SD itu membawa kepada keputusan parti menggantung beliau selama enam tahun.

Selain Hishammuddin, turut dikenakan penggantungan bagi tempoh sama ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dan Ketua UMNO bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Ketua UMNO bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli MKT UMNO, Tan Sri Noh Omar, yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, dipecat keahlian masing-masing pada hari yang sama.

Pada 4 Februari lalu, UMNO Johor merayu MKT supaya memberi peluang kepada Hishammuddin dan Maulizan untuk membuat rayuan, seterusnya kembali ke pangkuan parti.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu juga terpakai kepada ahli dan pimpinan parti dari negeri ini yang digantung selama enam tahun.

Katanya, UMNO Johor akur dengan keputusan MKT menggantung keahlian mereka berkenaan, namun percaya harus diberi peluang untuk membuat rayuan. - Getaran, 23 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Presiden Palestin Gesa PBB Gantung Keanggotaan Israel

2

Politik 3 tahun yang lalu

‘Ini Bukanlah Pengakhiran, Tetapi Permulaan Baharu’ – Hishammuddin

3

Politik 3 tahun yang lalu

‘Penggantungan Pun Tidak Ikut Prosedur Ditetapkan, Saya Takkan Gostan’ - Shahril

4

Politik 3 tahun yang lalu

Zahid Tidak Ikut Proses Sewajarnya, Tiada Surat Tunjuk Sebab – Khairy

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 48 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam