web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Penggantungan Pun Tidak Ikut Prosedur Ditetapkan, Saya Takkan Gostan’ - Shahril

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 8:37PM

Shahril menegaskan, dia sendiri tidak tahu punca sebenar di sebalik tindakan dikenakan itu. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan menegaskan penggantungannya selama enam tahun daripada parti itu, dibuat tanpa menggunakan prosedur betul.

Justeru, beliau berkata, sukar untuk membuat rayuan berhubung hukuman dikenakan terhadapnya itu.

“Sebab itu apabila orang cakap buat rayuan, saya ingat rayu pun nak buat rayuan macam mana, sedangkan proses pun tak guna prosedur betul, tak akan rayuan pula tiba-tiba jadi okay,” katanya menerusi rakaman video dimuat naik di Facebook hari ini.

Mengulas mengenai penggantungannya itu, Shahril berkata, beliau sendiri tidak tahu punca sebenar di sebalik tindakan dikenakan itu.

Namun, beliau memaklumkan, ada terbaca sedikit mesej sengaja ditularkan, kemungkinan penggantungan itu berpunca daripada tindakannya meletak jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO, selain mendesak Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil tanggungjawab selepas kekalahan parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, ia juga didakwa kerana beliau merakamkan video mengenai cadangannya untuk perubahan dalam UMNO, termasuk mewujudkan Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan (RND).

“Semalam saya digantung enam tahun oleh UMNO, saya pun tak tahu sebab apa untuk mereka ambil tindakan ini. Saya tak pastilah kalau orang boleh terima sama ada ini adalah sebab munasabah (penggantungan). Mungkin kalau mereka (UMNO) nampak orang tak boleh terima, dia boleh cipta pula alasan baharu

“Tidak apalah, saya inggat kita boleh agak sebab dan motif utama yang mereka ada untuk buat perkara ini.

“Mungkinlah mereka mengharapkan kita uturn (pusingan U), kita berdiam diri, kita ikut, sorrylah (maaflah), saya tak boleh buat perkara itu,” katanya.

Shahril berkata, hukuman dihadapinya itu bukan mudah untuk ditelan, namun menganggapnya sebagai proses normal kehidupan dan politik.

“Saya masih ada rasa sayang teramat sangat terhadap ahli UMNO, kawan yang saya bina persahabatan tersebut. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar mesej bagi semangat dan sebagainya.

“Memang kita nak tunjuk kita fighter (pejuang) dan saya nak jadi fighter, tetapi hakikatnya saya manusia biasa.

“Ini UMNO, satu-satunya parti yang saya dah berjuang, saya jadi ahli, saya bersama, mencipta persahabatan, belajar daripada kawan, mendewasakan diri dalam parti ini, tiba-tiba dibuat sebegini,” katanya.

Berbicara mengenai perancangan seterusnya, Shahril berkata, masih terlalu awal untuk beliau membuat keputusan.

“Tetapi insya-Allah ini tidak akan mematahkan semangat saya. Saya ada kemahuan, keinsafan untuk menyumbang apa cara sekali pun dalam pembangunan agama bangsa, tanah air yang lebih murni selepas ini

“Insya-Allah Shahril Hamdan kalau dah jadi fighter, kita takkan gostan,” katanya.

Shahril yang juga mantan Ketua Penerangan UMNO ialah antara empat pemimpin kanan parti itu yang digantung keahlian kerana didakwa melanggar disiplin sewaktu PRU-15.

Tiga pemimpin lain adalah Ahli Parlimen Sembrong yang juga mantan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

Penggantungan itu dibuat pada mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

Malah, UMNO bertindak nekad memecat keahlian mantan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Tan Sri Noh Omar. – Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad